Sunday, June 06, 2010

Minum Coca-cola, Pepsi Boleh Jadi Cacat Otak?

 Mak... Adik nak botol susu yang dibuat dari tanah liat boleh?

Salam readers. Pelik bagaimana Coca-cola dan Pepsi boleh menjadi punca kecacatan otak? Betul ke? Atau propa semata-mata? The ugly truth reveals here!

Bukanlah maksud aku minuman Coca-cola dan Pepsi itu yang menyumbang kepada kecacatan otak walaupun sebenarnya kita semua sedia maklum yang air bikarbonat ini bukanlah elok untuk kesihatan amnya. Tetapi tahukah kau, kau dan kau orang sekalian bahawasanya material plastik yang digunakan sebagai bekas minuman untuk Coca-cola dan Pepsi serta jenama-jenama lain juga mempunyai sejenis bahan yang amat berbahaya sekali kepada kita semua *sila jerit kuat-kuat sambil berkata wutttt??* yakni bahan kimia yang menyumbang kepada terjadinya cacat otak. Oh! buat yang dah tau sila buat-buat bodoh dan senyap ok.

Bisphenol-A (BPA).

Pernah dengar nama itu? Is it a bird, No! it's a plane, No! It's an Ufo, No! Then what is it? Bisphenol-A lah adalah chemical yang terkandung di dalam bekas plastik polikarbonat korang tu dan menatang inilah yang akan menyebabkan kecacatan dan mangsanya adalah lebih kepada janin, bayi dan kana-kanak berbanding orang dewasa!

Dan untuk pengetahuan korang, BPA ini telah lama tersenarai di dalam list bahan-bahan yang berbahaya kepada manusia semenjak 1930! Tapi kenapa ia masih lagi digunakan sampai sekarang walaupun ia berbahaya. Adakah kerana konspirasi untuk memupuskan umat manusia atau ingin meraih untung semata-mata tanpa menghiraukan kesihatan pengguna?


 Di antara bekas-bekas plastik polikarbonat yang mengandungi BPA

BPA durjana.

BPA akan menyebabkan korang dan keturunan korang semua mendapat keburukan ini:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Tips-tips.

1. Elakkan dari meminum air daripada bekas plastik polikarbonat.
2. Simpan air yang telah dimasak kedalam bekas yang bukan diperbuat daripada plastik contohnya labu sayung. Memang air rasa sejuk kalau kita simpan di dalamnya.
3. Buang semua bekas-bekas minuman plastik di dalam dan di luar rumah. Tapi jangan pulak korang pergi mana-mana kedai runcit lepas tu buang pulak bekas-bekas minuman yang dijual kat situ. Nak mampus?
4. Pastikan kalau korang terdesak dan terpaksa menggunakan bekas plastik ini, perhatikan tanda arrow recycle yang terdapat di bahagian bawah botol tersebut tidak menunjukkan angka 7. Kerana kalau dia tulis 7 bermaksud BPA terdapat di dalam plastik itu.
5. Elakkan daripada memanaskan bekas-bekas plastik di dalam microwave. Tahap BPA akan bertambah dan meracuni makanan anda.
6. Untuk para parents, pastikan botol susu bayi anda bebas dari chemical ini. To be safe, ciptalah botol susu daripada tanah liat. Boleh ke? Ahhaha.. Lu pikirlah sendiri.

 Sila check label botol korang. No. 7 menunjukkan BPA!

Nota Kureno: Kata kan Ya kepada labu sayung!

3 comments:

Juwez said...

mtk izin nk share..bleh?

Juwez said...

mtk izin share..bleh?

azai said...

no 7 yang bagus. no 5 ke bawah boleh pakai sekali jer. no 2 tu plastik paip HDPE