Tuesday, October 05, 2010

Holla itu hello. Terima kasih galaxy-droid!

Salam.

Ini adalah percubaan pertamaku untuk membelogkan diri menggunakan galaktika kesayangan. :p

Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada android market dan blogger-droid kerana merealisasikan proses blogging ini.

Mendiam diri bukan bermakna aku merajuk atau satu langkah menjauhkan diri dari dunia blogging. Tidak sama sekali!

Sebab yang pertama. Komputer peribadiku telah rosak. Maka tiada lagi medium untuk berbelog.

Kenapa tidak repair pc secepat yang mungkin? Oh! Kerana ke"busy"an yang melampau barangkali. Ini semua gara-gara sebab yang kedua. Sila sambung pembacaan anda di bawah.

Yang kedua. Menceburi bidang bisnes. Ya! Julung-julung kalinya aku telah pun menjerumuskan diri dalam kancah perniagaan. Ini semua atas dorongan dari ibu tercinta dan kini aku telah pun secara rasminya menjadi pengedar untuk sebuah produk jus kesihatan.

Mungkin produk ini akan aku ceritakan dalam entri yang akan datang. InsyaAllah.

Sebab musabab yang ketiga. Kegilaan terhadap twitter dan foursquare yang melampau. Sementelah pada musim raya sebegini, aku pun mengambil kesempatan untuk check-in dan update status twitter di setiap check point yang dilawati a.k.a lokasi beraya dan rumah-rumah terbuka.

Kemungkinan besar social networking ini telah menyebabkan aku alpa dan mengabaikan belog. Eh! Boleh pakai ke alasan ini? Ah! Layan layan ;p

Rasa-rasanya entri ni da tersasar dari paksi asalnya. Pada awalnya nak ucapkan hello saja. Tapi apakan daya tangan ini sangat gatal untuk menyetok punat-punat huruf di keypad ini. Huhuhu.

Ok ok. Aku setop skang.

Tom kureno out!

(-_-")




Published with Blogger-droid v1.6.2

3 comments:

julietdeorange said...

rasanya sebab ketiga menyebabkan anda telah mensawangkan belog anda sekian lama. hahaha.

anyway, happy blogging again! :p

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Pergh boleh berblogging dari henpon canggih manggih!

Jard The Great said...

tak gumuk pon!!! haha *usaha mencarik gambar ko yg kononnya gumuk di blog ini. =p