Aku tak dapat nak mengekspresikan perasaan aku ketika ini. Aku keliru. Haruskah aku merasa hiba, terkilan, atau gembira? Aku tarik nafas panjang-panjang dan aku hembuskan perlahan. Aku tekad. Cerita ini harus disebarkan agar dapat menjadi pengajaran kepada kalian semua.
Kisah ini adalah tentang adikku yang comel. Namanya Kiki. Dia telah selamat melahirkan anaknya pada dua hari yang lepas. Dan anak itu adalah hasil dari hubungan luar nikahnya. Terkedu aku seketika. Tidak ku sangka sama sekali. Ku harapkan panas hingga ke malam, rupanya bila malam, panas telah bertukar sejuk *ha belasah aje perumpamaan tu, janji sedap!*.
Apa yang mencarik robek hatiku ini adalah anak yang dilahirkan tidak diketahui siapa bapanya. Terkejut lagi dan kali ini hampir mendapat serangan jantung. Aku tanya Kiki dan dia tidak menjawabnya. Baru aku tahu, begitu liarnya adikku ini.
Tak apalah Kiki. Yang penting Kiki berjanjilah dengan abang yang Kiki tak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. Dan kasihani lah kepada Gemook yang mencintaimu sepenuh hati. "Enam ekor dah kesemuanya," kataku sambil menghela nafas yang panjang.
Congrats Kiki on your new born baby!
Gemook yang kecewa hanya mampu tidur-tidur ayam sahaja
Welcome home babies!
No comments:
Post a Comment