Sunday, April 12, 2009

AF7 week 5- Sidi Tersingkir!


Setelah terselamat daripada beberapa siri penyingkiran, minggu kelima menjadi pentas terakhir buat Sidi apabila dia menjadi pelajar seterusnya yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 7 apabila diumumkan tersingkir setelah mendapat undian terendah seperti yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Sidi atau nama sebenarnya Mohd Rashidi bin Mohamad Isa, 27 berpasangan dengan Zahid menerusi lagu Cinta Yang Sempurna nyanyian asal 6ixth Sense & Noe Letto. Namun, persembahan itu mendapat komen yang sederhana daripada pengkritik tetap, Edrie Hashim dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan penyanyi Adibah Noor. Walaupun ada sedikit peningkatan, namun dia dikatakan masih jauh daripada kualiti seorang juara

Pada konsert kelima ini, pelajar diberi tugasan menyanyi menyampaikan lagu-lagu secara duet. Mereka dipasangkan dengan bintang AF terdahulu iaitu
Akim & Farah menerusi lagu Jika Kau Tiada, Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu), Claudia & Vince (Kau Muzik Di Hatiku), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta),Qhaud & Heliza (Dibius Cinta), Sidi & Zahid (Cinta Yang Sempurna) dan Yazid & Yazer (Terharu)

Sebelum itu, kejutan berlaku dipermulaan konsert apabila suami Isma, Zul yang pernah popular dengan kumpulan 2 By 2 muncul di pentas berduet menyanyikan lagu Kau Mawarku. Turut mendapat kejutan adalah Aishah , apabila penyanyi popular Singapura Aliff Aziz menggantikan tempat Vince yang dikatakan akan berduet bersama Aishah menerusi lagu Dua Hati Menjadi Satu

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 25
YAZID - 22
HAFIZ – 12
CLAUDIA - 8
AKIM - 8
ARIL - 7
AISHAH - 7
SIDI - 6
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 18
HAFIZ - 17
YAZID – 15
AKIM – 10
AISHAH – 10
CLAUDIA - 9
ARIL – 9
QHAUD - 8
SIDI - 5

Dengan penyingkiran Sidi sebentar tadi ini bermakna, tinggal lapan (8) pelajar yang masih kekal dalam pengajian di Akademi Fantasia musim ke-7. Walaupun begitu, konsert kelima ini adalah konsert yang terbaik setakat ini.. aku sgt berpuas ati..hehe..

No comments: