Monday, April 13, 2009

K-movie: Baby and me


Hello my dearest blogger.. today aku ade satu movie baru yg cambesh and lengkap dgn moral valuenye.. Ni cerita korea tajuk die baby and me.. aku donlod movie ni kt syok.org.

Movie ni mengisahkan seorang budak lelaki yg berusia 18thn dan masih bersekolah kt hi-skool kt korea. Budak laki ni, Joon-soo (Jang Geun -Seok) merupakan sorang budak yg sgt bermasalah and di anggap sbg troublemaker and suka bergaduh. Mmg perangai x senonoh tol. Nak dijadikan cerita, tibe2 ade sorang baby ni Han Woo-ram (Mason Moon) telah ditinggalkan oleh mak die kepada si joon-soo ni kt sebuah pasaraya. Ade 1 surat ditinggalkan ngan baby tu menyatakan yang baby ini merupakan anak si joon-soo ni.

Maka bermulalah episod sengsara bg joon-soo ni. Bayangkan bagaimana joon-soo yang baru je umo 18 thn ni nk survive ngan baby ni. Dah la bala dtg bertimpa2, mak bapak die lari dari rumah, die pulak kene buang sekolah. Pelik kan camane mak bapak die leh dr umah.. ahhaha.. cite ni mmg tak leh nk agak, jln cerita yg fresh dan x cliche langsung. Cite ni lengkap, dari adegan gaduh, lawak, sedih, kecewa, suka, duka, semua lengkaplah. Rugilah kalo korg x donlod movie nie.. kt sini aku selitkan lagi beberapa gmbr yg comey dr movie baby and me nie beserta dienye link skali.. uhuhuh.
.

Split version
http://rapidshare.com/files/218337632/BAM.part1.rar
http://rapidshare.com/files/218339757/BAM.part2.rar
http://rapidshare.com/files/218342283/BAM.part3.rar
http://rapidshare.com/files/218343339/BAM.part4.rar

Sunday, April 12, 2009

AF7 week 5- Sidi Tersingkir!


Setelah terselamat daripada beberapa siri penyingkiran, minggu kelima menjadi pentas terakhir buat Sidi apabila dia menjadi pelajar seterusnya yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 7 apabila diumumkan tersingkir setelah mendapat undian terendah seperti yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Sidi atau nama sebenarnya Mohd Rashidi bin Mohamad Isa, 27 berpasangan dengan Zahid menerusi lagu Cinta Yang Sempurna nyanyian asal 6ixth Sense & Noe Letto. Namun, persembahan itu mendapat komen yang sederhana daripada pengkritik tetap, Edrie Hashim dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan penyanyi Adibah Noor. Walaupun ada sedikit peningkatan, namun dia dikatakan masih jauh daripada kualiti seorang juara

Pada konsert kelima ini, pelajar diberi tugasan menyanyi menyampaikan lagu-lagu secara duet. Mereka dipasangkan dengan bintang AF terdahulu iaitu
Akim & Farah menerusi lagu Jika Kau Tiada, Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu), Claudia & Vince (Kau Muzik Di Hatiku), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta),Qhaud & Heliza (Dibius Cinta), Sidi & Zahid (Cinta Yang Sempurna) dan Yazid & Yazer (Terharu)

Sebelum itu, kejutan berlaku dipermulaan konsert apabila suami Isma, Zul yang pernah popular dengan kumpulan 2 By 2 muncul di pentas berduet menyanyikan lagu Kau Mawarku. Turut mendapat kejutan adalah Aishah , apabila penyanyi popular Singapura Aliff Aziz menggantikan tempat Vince yang dikatakan akan berduet bersama Aishah menerusi lagu Dua Hati Menjadi Satu

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 25
YAZID - 22
HAFIZ – 12
CLAUDIA - 8
AKIM - 8
ARIL - 7
AISHAH - 7
SIDI - 6
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 18
HAFIZ - 17
YAZID – 15
AKIM – 10
AISHAH – 10
CLAUDIA - 9
ARIL – 9
QHAUD - 8
SIDI - 5

Dengan penyingkiran Sidi sebentar tadi ini bermakna, tinggal lapan (8) pelajar yang masih kekal dalam pengajian di Akademi Fantasia musim ke-7. Walaupun begitu, konsert kelima ini adalah konsert yang terbaik setakat ini.. aku sgt berpuas ati..hehe..