Saturday, March 06, 2010

Cubaan mendaki ekstrem Broga Hill... Yipppieee!!

Salam semua.. Actually lama da aku dan "kenkawan in crime" mendaki Broga Hill ni.. It's almost a month I think.. Tp baru skang nk tulis entri ni.. well better late than never kan..  Korang tau x lokasi Broga hill ni kat mana? Ok, meh cnie ceq nak cita sket ye..  Broga Hill atau dalam bahasa melayunye Bukit Broga terletak kira-kira 8km dari pekan Semenyih yang terletak di dalam daerah kajang. Tak la jauh sangat dari rumah aku memandangkan aku duduk kat cheras, hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai.


Misi kitorang dimulakan seawal jam 0530 pagi pada ari ahad yang lepas. Walaupun ngantuk gile, tapi dengan semangat yang agak berkobar-kobar aku berjaya mengatasi rasa ngantuk itu... uhuhu...Maka kitorang meneruskan perjalanan dan sampai ke destinasi kira-kira pukul 0615 pagi.. Dimulakan dengan acara memanaskan badan dan stretching ala kadar je bagi mengelakkan kekejangan otot..



 Dengan ungkapan Bismillah, pendakian ke puncak pun bermula. Kami terpaksa menggunakan bantuan torch light memandangkan persekitaran yang gelap gulita. Pada awal pendakian, tidak la terasa sukar pun, tapi semakin lama kitorang mendaki, semakin curam keadaan muka bumi nye dan agak melenguhkan kaki ku ini.. Keadaan agak meriah kerana kami bukanlah satu-satunya team yang ada, kerana ada banyak jugak team yang mendaki pada pagi itu..


Setelah berhempas pulas selama hampir sejam, puncak berjaya ditawan.. Yeahhhh!!! And yes, pemandangannya sangat-sangat best ditambah pula dengan kabus pagi, terasa macam tengok cite Lord Of The Ring plak.. Bayangkan bukit yang tinggi menghijau, memang saujana mata memandang..





Nota Kureno: Lepas ni nak tawan everest plak.. huhuhu.. Impian kene tinggi.. tol tak? ~~ngeee..

1 comment:

Nur Syafiqah Athirah said...

wah..best nyer panjat bukit broga..kalau sempat datang lar kat kampung sy(kpg daching ulu)..around 15 minit dari broga..hehe..sayangnye, kpg dekat, tapi hajat panjat bukit Broga x kesampaian...huhu