Hi, my name is Garfield. Keje I melantak dan tidur je sepanjang hari.
Korang mesti kenal Garfield kan? Ia merupakan watak sebuah cerita kartun yang mengisahkan seekor kucing gemuk yang pemalas
tak hengat yang kerjanya asyik melantak pastu tidur. Garfield pernah famous suatu ketika itu kerana kecomelan dan keletahnya yang menggelikan hati
dan paru-paru. Dekat umah aku, kitorang ada bela seekor kucing parsi yang amat gemuk. Yang kerjanya makan, minum, tidur
mengangkang. Saling tak tumpah macam watak Garfield tu.
Nama dia adalah En. Gemook. Kenapa namakan dia gemook? Tengoklah size
badan dia beb. Sebab En. Gemook adalah seekor kucing yang obes
dan
gemuk nak mampus. Aku pun agak risau dan khuatir dengan
keadaan fizikalnya itu, namun apakan daya beliau adalah seekor kucing
dan tak memahami apa yang aku cakapkan walaupun dah berbuih-buih mulut
aku ni
memaki hamun menasihati En. Gemook agar menjaga
pemakanannya.
Hi, nama saya En. Gemook. Hobi saya makan, tidur, makan, tidur. Erk, itu sahaja.Terima kasih.
Adeh ngantoknya. Sambil duduk pun boleh tertidur. Hebat tak?
Sorry, malam tadi I balik lewat. Ngantuk sangat ni.. zzZZZZzz
Alamak! I terlelap lagi lah. Well, sleeping is my hobby!
Nota Kureno: Korang boley tolong aku tak nasihatkan En. Gemook ni. Dia fikir dia beruang kutub ke nak berhibernasi sepanjang tahun!!
No comments:
Post a Comment