Wednesday, April 14, 2010

Ku Di Alam Anaestesiologi Yang Super Busy!!

 Gambar Ihsan En. Google
Heh! Fuhhhhhh! Panjang aku mengeluh. Peluh-peluh jantan menitik di dahiku. Penat beb, baru balik kerja ni. Minggu ni aku merasakan bahawa aku tergolong diantara manusia ter"busy" di Malaysia. Huhu. Mana taknya pagi-pagi, celik mata pegi kerja. Balik kerja, sang malam dah melabuhkan tirainya untuk aku melenakan diri setelah seharian penat kerja. Sekarang barulah aku dapat duduk di kerusi empuk aku yang tak berapa nak empuk untuk aku curahkan isi hati dan idea tak boleh pakai kat diari online aku ni.

Tapikan aku tak rasa aku sorang sahaja yang busy, korang pun mesti ada time-time yang korang rasa, walau diri korang boleh membahagi 8 sekalipun, still tak boleh nak menampung tahap kesibukan yang melampau itu. Ermm.. Nasib baik la aku oncall untuk seminggu je. Kalau sebulan, mau aku maki orang yang wat jadual tu mampus aku dibuatnya.

Baru-baru ni, ada seorang reader, dia puji cakap blog aku ni berinformatif. Yeke? Adalah sikit-sikit kot. Tetiba hidung jadi kembang. Tapi bagus gak idea ni kan. Disamping aku share pasal diri aku mungkin aku boleh selitkan dengan informasi yang sedikit sebanyak berguna juga untuk korang.

Oklah. Aku dah tak larat nak membebel. Mandi pun tak lagi. Sorry, bau dah macam susu masam. Hahaha. Alah, bukannya korang boleh cium pun. Korang pun bukan wangi sangat kan. Uwaaaaaa. Besok oncall lagi. Minta-mintalah tak busy sangat macam hari ni.

Nota Kureno: Berbakti untuk pesakit adalah satu kerja yang murni...

No comments: