Wednesday, May 19, 2010

Aku Bidan Terjun?

Malam yang sangat letih, tapi aku tetap gigih menitipkan berpatah-patah sepatah dua kata di sini. Korang nak tau tak kerjaya sambilanku apa? Superman? Spiderman? Otomen Taro? Oh! semuanya salah. Akulah seorang bidan terjun. Maksud aku bidan yang betul-betul terjun bukan terjun bangunan ataupun melakukan terjunan waterfall itu.

Aku sangat sukakan bayi. Perghh! lagi-lagi kalau baby tu putih melepak pastu pipi die sangat tembam macam nak meletup, lagilah aku geram nak gomol-gomol walaupun dia tak merelakannya seperti kata hemy yang juga pantang melihat baby yang comel lote sebegitu.

Oleh sebab itulah aku dengan muka tak malunya telah mengofferkan diri untuk menyambut bayi. At least, kuranglah sikit beban bidan yang sebenarkan. They all shud thanks me, really. Muahhahaha. Setakat ni, nak cakap pengalaman masa sambut baby ni, biasa-biasa saja la. Agak banyak jugalah baby-baby yang ku sambut, sampai aku pun dah tak terkira *nyanyuk sebenarnya berkat minum air sirap bersemut kot*.

Oh! Aku ada cerita yang agak menarik. Seperti biasa lepas aku dah sambut baby, aku bungkus baik punya bagi dia panas untuk elakkan hipotermia, pastu lap-lap sikit bagi bersih sambil letak baby bawah pemanas. Tengah-tengah aku duk layan bersihkan baby ni, sekali air pancut terkeluar daaa dengan pancutan yang agak-agak tinggi setinggi pembaris 30cm *yang ni aku main agak sendiri je, wakkakaka*. Dan bukan sekali ok. Adalah dalam 4-5 kali gak dia terkencing, dah hampir banjir katil baby tu. "Mesti mak baby ni kuat kencing, sebab tulah dia ikut perangai mak dia. Anak dengan mak sama je...", aku mengumpat dalam hati *leh tahan jahat gak mulut aku ni*.

Selain daripada jadi bidan terjun dan orang yang kene kencing, aku juga bertindak sebagai peng"azan" di telinga baby Islam yang baru lahir tu. Baik tak aku? *Tiba-tiba hidung jadi kembang, tak tahu kenapa*. Yelah, sebelum syaitan datang bertandang dan berbisik di telinga dorang baik aku halau awal-awalkan dengan harapan tak adalah jadi syaitan comel macam aku ni bila dorang dah besar.

Ok ok. Cukuplah sampai di sini bicaraku. Aku bukannya kuat membebel macam hans, sekadar bercerita apa yang perlu sahaja. *Muahahhaha.. gelak syaitan lagi*. Dekat bawah ni, aku persembahkan gambar-gambar mangsa baby yang telah ku sambut. Paling best time sambut twin, comeyyy bangat! Moh moh kita layan...

Nak susu ke baby? Ololo ciannya, lapar ye.


Adik yang tak habis-habis merengek, cuba tengok abang tu, cool je, siap posing lagi!


Yang ini sepupuku yang paling muda. Percaya tak?


Bukan setakat orang je, baby kucing pun aku sambut tau =P

 Nota Kureno: Lepas ni nak sambut badak pulak. Boley? Wakakaka...

No comments: