Thursday, May 20, 2010

Flashmob Dan Pabila Jariku Menari Di Atas Keyboard....

"Tatkala duduk empuk di atas kerusi maharaja,
dan akal fikiran di hujani seribu idea,
jejari yang pada mulanya bergetar,
kini mula menari-nari di atas keyboard,
melontarkan buah idea,
yang tiba bertimpa-timpa..."

Ok stop. Apa kejadahnya aku merepek ni. Tiba-tiba rasa loya pulak tekak petanda tahap kepoyoan telah sampai ke tahap maksimanya. Bukan apa, tadi tiba-tiba aku boleh pulak berangan nak menulis puisi. Konon nak tunjuk act kat koranglah bakat aku kan, lastly aku sendiri yang tak tahan nak muntah *sambil buat muka berkerut-kerut*. Muahahha. 

Oh! Flashmob... Tiba-tiba perkataan itu turun dari langit dan menimpa kepalaku. Apakah itu? *hah! yang ni trademark aku, iaitu bagi korang teka-teki yang agak-agak tak cerdik. Ok sila jawab ye*. Adakah Flashmob seorang Flashman yang sedang mengemop lantai? Atau sejenis mop yang digunakan oleh encik Flash? Ataupun seseorang yang bernama Flash bin mop?

No no no. Bukan itu jawapannya. Mengikut kamus Wiki dan apa yang aku faham, Flashmob adalah satu jumlah besar umat manusia yang berkumpul pada suatu kawasan dan melakukan gerak geri yang bodoh atau perlakuan yang tak masuk dek akal yang waras sambil melakukan perarakan. Acara ini selalunya berlangsung dalam masa yang singkat dan sesudah tamatnya Flashmob, semua orang akan lesap dengan begitu sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelumnya. 

Ia tidak ada kene mengena langsung dengan sebarang gerakan anti-kerajaan atau demonstrasi jalanan. Flashmob ini selalunya dirancang oleh individu ataupun organisasi dan disebarkan kepada public melalui media telekomunikasi, media sosial ataupun e-mail berantai.

Objektif Flashmob ini diadakan adalah untuk meraih dana untuk warga emas dan anak yatim di rumah-rumah kebajikan. Korang percaya ke? Ok aku tipu =P *muahahha..evil laugh*. Aku pun tak berapa pasti actually, tapi kemungkinan besar untuk mempromosikan sesuatu barangan ataupun produk ataupun dorang memang dah tak ada kerja lain nak buat kot. 

Oh! korang korang. Tadi aku hampir terkena heart attack korang tau? Sedang aku berjalan-jalan lenggang kangkung di internet, aku telah terjumpa beberapa "biji" gambar tentang acara Flashmob yang agak ekstrem. Berkonsepkan zombie dan bersempena "the meat day" yang disambut di Moscow, Flashmob ini dengan jayanya telah dijalankan pada minggu lepas. Layan...


-Flashmob of the zombie, Moscow, 16 May 2010-

Still nampak ayu walaupun scary


Sedang melakukan persiapan sebelum Flashmob bermula


Anjing pun tak mahu ketinggalan juga!


"Alamak! mekap aku da cair."


Tolong! Tolong! Kakiku tersepit...


Siap kena interview lagi akak ni


Yeah! Perarakan sudah bermula


Beberapa mangsa yang mati dipijak akibat flashmob!(tolong jangan percaya)


Kalu anjing pun tak mahu kalah, apatah lagi nenek ini!


Aku mahukan darah nyamuk!


Sekumpulan malaun yang tak ada kerja =P


Antara mangsa yang terkorban


Walaupun aku zombie, tapi tetap maintain ayu!


Wah! kau ingat aku anjing ke nak main rantai-rantai ni!


Seperti chipsmore, beginilah keadaan selepas Flashmob

So, amacam kawan-kawan? Tak terasa nak buat Flashmob juga ke? Apa kata nanti kita pakat ramai-ramai buat Flashmob untuk blogger pulak. Ok tak? Kita kasi gegar satu Malaysia! ^.^

credit: englishrussia.com dan google

Nota Kureno: Kat Kl ari tuh pun ada flashmob twisties kalu tak silap aku...

No comments: