Saturday, May 01, 2010

Episode 3: The Truth About Unicorn Reveal!

Dengan ungkapan Bismillah, aku memulakan bicara tentang episod ke-3 unicorn. Masihkah korang ingat tentang episod-episod unicorn sebelumnya di sana dan juga di sini. Tak boleh ingat? Adakah kerana korang terlalu banyak makan semut? Sila klik link untuk segarkan minda korang. Internet agak slow time-time sekarang ni menyukarkan aku untuk update dengan sepantas halilintar.


Namun demi untuk membayar hutang yang tertunggak rela aku tempuh apa jua dugaan untuk menebusnya. Sorry, maafkan hamba penunggu gua, kerana hamba tidak mampu melawan semangat kemalasan  yang memang telah hamba semai sejak kecik lagi =) . So, tanpa melengahkan masa lagi, let's back on the track.


Gambar diatas aku dah tunjukkan kat korang dalam entri ini. Tak kenal? Aku pun tak kenal. Ha ha ha. Yang penting bukan pakcik Dollah kat sebelah rumah korang. Beliau adalah Oberon Zell-ravnheart, dan merupakan pengasas kepada sekolah magik yang diberi nama "Grey School Of Wizardry". Tak percaya? Huh, lantak korang. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi the next Harry Porter, boleh lah mengunjungi sekolah magik ini. Berapa bayaran? Mana lah aku tau. Nak tau sila surf sendiri ye! Selain daripada pengasas sekolah magik, beliau juga merupakan penulis, artis, kaunselor, cikgu, showman, wizard dan yang paling penting adalah founder of the living unicorn! Macam biasa, perkataan penting sengaja diboldkan agar korang lebih peka.


Bolehlah aku simpulkan daripada research yang aku jalankan, Oberon Zell-ravnheart ini mempunyai banyak persamaan dengan  Professor Dumbledore dalam cerita Harry porter tu. Cuma dia tidaklah sepopular Dumbledore yang dikenali ramai itu. Ermm.. tapi dia agak dikenali di Amerika pada tahun 1980-an apabila telah berjaya dalam mewujudkan unicorn yang pertama di dunia. Bagaimanakah beliau dapat melakukannya? Adakah dengan menggunakan kuasa magiknya? Atau lampu aladdin mungkin?



Aku dengan sengajanya akan membiarkan korang terus hanyut dalam persoalan yang berlegar-legar dalam kotak pemikiran . Tunggu saja episod seterusnya dengan hati yang sabar ye. Sebelum itu, aku tinggalkan gambar-gambar di bawah untuk tontonan korang. 


"Hai! Nama saya putih. Comel tak saya?"

Oberon Zell-ravnheart bersama anak unicornnya

Nota Kureno: Teringin nak bela anak unicorn. Bolehlah buat teman untuk En. Gemook. Boleh? =P