Tuesday, May 11, 2010

Final Episode: The Truth About Unicorn Reveal!

Sekadar untuk paparan korang yang mungkin sudah lupa ataupun baru sahaja mengikuti siri unicorn ini. Sila klik untuk ke entri sebelumnya:

Tanpa membuang masa lagi *memandangkan mata aku pun dah makin berat* , mari kita mengungkap misteri di sebalik haiwan mitos ini. Adakah benar ia masih hidup ataupun sekadar khayalan dan fantasi semata-mata? Ok, apa kata aku buat trivia sikit untuk menguji korang. Make it more interactive right? =P

Soalan:
Apakah pendapat anda tentang kewujudan Unicorn ini?

Jawapan Objektif (sila pilih satu sahaja jawapan yang betul) :

A. Unicorn hanya wujud suatu ketika dahulu dan sudah pupus pada masa sekarang 
B. Unicorn sebenarnya tidak wujud. Sesetengah pihak sengaja mengada-adakan cerita untuk meraih    perhatian
C. Saya percaya pada ke"exist"an Unicorn *bukan kumpulan exist ye*. Lihat saja pada bukti video dan gambar-gambar yang dipaparkan pada episod sebelum ini.
D. Saya percaya pada reincarnation (kelahiran semula) Unicorn. Tidak mustahil pada bukti-bukti yang ada pada sebelum ni.

Ok. So macamana? Apa jawapan kau orang? Siapa yang jawap A sila angkat tangan! Tettttt! Sila cuba lagi jawapan anda salah. B? Ada tak? Angkat tangan ye. Weh Bedah! Kenapa kau angkat kaki? Dah pekak badak ke? Aku suruh angkat tangan kau angkat kaki kenapa. Apa-apa hal pun jawapan korang tetap salah juga =P. So apakah jawapan yang sebenarnya? Sila nyanyi lagu Yuna-Dan Sebenarnya sambil ramai-ramai tepuk tangan dan ikut irama lagu. Mudah-mudahan korang dapat hidayah lepas nyanyi lagu tu =P.

Jujur aku katakan aku sendiri pun tidak tahu jawapan yang sebetul-betulnya *tolong tumbuk aku laju-laju*. Ha ha ha. Tapi jawapan yang paling hampir adalah D. Yes, reincarnation of the unicorn. Oberon Zell-ravnheart, masih ingat nama ini? Beliaulah dalang mastermind dalam kelahiran semula unicorn ini. "Mustahil! Aku tak percaya!" Unbelieveable? Believe it.

Mendapat inspirasi daripada eksperimen Dr. Franklin Dove yang tidak selesai pada tahun 1930-an, beliau telah berjaya melengkapkan kajian tersebut melalui teknik prosedur pembedahan yang diolahnya sendiri iaitu Unicorn patent code. Sila klik kalau korang berminat nak buat korang punya unicorn sendiri. 

 Sebahagian dari patent yang digunakan untuk mencipta semula unicorn-Sumber dari sini

Sekarang mesti korang dah percayakan. Kan kan kan? Tapi korang tak terfikir ke binatang apa yang digunakan sebagai mangsa untuk menghasilkan unicorn ni? Nak tau? Nak tau sangat ke? And jawapannya adalah jeng jeng jeng. Drum please! Jatuh kepada Encik Kambing. Tolong beri tepukan gemuruh pada Encik Kambing atas kemenangannya menjadi mangsa eksperimen. (Hanya kambing jantan jenis Anggora yang berwarna putih yang dipilih untuk eksperimen ini)  So? Guess what? Officially, unicorn secara zahirnya tidak wujud di dunia ini. Yang wujud hanyalah Encik Kambing yang bertanduk satu! Tapi tak tau lah aku kalau betul-betul wujud pada zaman dahulu kala kan memandangkan aku pun still tak wujud pada masa tersebut =P. 

Tapi still tabik spring lah kat mamat Oberon Zell-ravnheart ni. Bukan calang-calang orang yang dapat turn kambing anggora yang bertanduk dua menjadi satu. Dan sangat menyerupai unicorn pulak tu! Hebat bukan? Tahniah diucapkan kepada Oberon Zell-ravnheart kerana telah berjaya meng"reincarnation"kan unicorn daripada hanya seekor kambing!



Hebat dan tampak real!-Sebahagian daripada gambar unicorn Oberon Zell-ravnheart

Nota Kureno: Lepas ni nak buat entri pasal duyung plak.. =P 




No comments: