Monday, May 17, 2010

Greyson Michael Chance Cetus Fenomena Baru Youtube??

Bukan Greyson Michael Chance- Gambar sekadar hiasan

Dia baru berusia 13 tahun. Namun usia bukanlah penghalang baginya untuk mencipta sensasi fenomena Youtube yang terbaru. Greyson Michael Chance adalah pencetusnya. Mencipta suatu rekod yang baru untuk seorang budak muda adalah satu perkara yang amat mustahil untuk digapai.

Tapi tidak bagi Chance. Semuanya bermula apabila dia melakukan persembahan pianonya di Edmonds's sixth -grade music Festival dengan membawakan lagu popular nyanyian Lady Gaga bertajuk "Paparazzi" pada bulan April yang lepas. Pada 28 April 2010, video tersebut telah di upload ke laman sesawang Youtube. Dua minggu yang pertama berlalu dan video tersebut telah pun mencecah sebanyak 36,000 pengunjung.

Bakat Chance mula tersebar luas sehingga dia telah di booking untuk muncul dalam rancangan The Ellen Degeneres Show pada 13 Mei yang lepas. Kuasa media amat besar impaknya. Dengan publisiti yang diberikan kepadanya, dalam masa yang tidak sampai tiga hari, video persembahan chance di Youtube telah mencecah pengunjung melebihi 14.67 juta!

Wooowww!!! Dalam sekelip mata hidup anak muda ini telah bertukar menjadi seorang yang amat terkenal dalam masa yang sangat singkat. Kini dia mempunyai jutaan peminat di Facebook dan Twitternya. Nampak gaya, seorang bintang muda yang lebih segera daripada Mee Maggie telah dilahirkan. Persoalannya, selama manakah popularitinya bertahan? Oh! sila layan video budak ini dibawah ye. Dia memang sangat berbakat!








Nota Kureno: Ahh!Gaya penulisanku sangat skema malam ini.. Dirasuk oleh Zarakah? ^.^

No comments: