Thursday, June 10, 2010

Monolog Sebuah Sabtu...



Hai... Namaku sabtu. Aku bukanlah seorang manusia mahupun apa-apa benda hidup di dunia ini. Walaupun aku bukanlah suatu benda hidup, tetapi aku mempunyai keistimewaan tersendiri kerana aku adalah sebuah hari. Tanpaku, minggu kamu tidak lengkap. Pusingan tarikh, bulan malahan tahun akan lesu jika aku tiada.

Apa yang ada pada sabtu yang tiada pada hari lain? Aku lahir selepas jumaat dan sebelum wujudnya ahad. Aku merupakan hari santai sedunia kerana aku berada di kelompok hujung minggu. Pernahkah kamu melihat hari sabtu yang berkerja? Tidak bukan (kecuali cuti ganti la). Tidak salah jika ku katakan bahawa aku adalah kegemaran warga dunia sejagat raya.

Aku juga tidak kurang popularnya di dimensi ini. Lihat sahaja namaku di kaca televisyen-"Saturday Night Fever, Saturday Nite Live, Saturday with Tom (yang ini aku tipu)". Aku masyur segenap negeri. (ada nada riak disitu). Namun aku tidak mudah lupa diri dan tidak pernah gagal dalam menjalankan tugasku setiap minggu.

Seringkali aku merintih juga. Acapkali tibanya masa bertugasku, pesta sini sana mengambil tempat. Lautan manusia alpa memenuhi ruang-ruang maksiat. Manusia oh manusia. Dengarlah rintihan ku ini. Janganlah kau melontar nila ke dalam periuk hariku. Teringin aku melihat kamu oh manusia kerdil menyembah tuhan nan satu tanpa menghitamkan hari-hariku. Sudikah kamu memenuhi hajat ku ini wahai manusia?

Nota Kureno: Korang paham ke tak paham entri ni? Huh! Tak paham? Lantak korang la!!