Thursday, June 10, 2010

Bertungku Itu Amalan Yang Boleh Mengundang Maut?

   Gambar ikhsan dari www.pid.net.my

Bertungku merupakan amalan dan aku rasa sudah pun menjadi adat masyarakat Melayu khususnya untuk ibu yang telah bersalin dan menjalani pantang. Namun, benarlah kata sesetengah pihak, kadang-kadang amalan nenek moyang kita bukanlah semuanya boleh digunapakai malahan dikatakan membawa mudarat kepada kita.

Hakikatnya, batu yang panas tidak boleh mengecutkan rahim, malah memberi kesan buruk. Sejauh mana kebenaran fakta ini? BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.

Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.

Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.

Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin.

Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal. Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut).

Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit. Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula.

*sumber dari harian metro

Nota Kureno: Korang rasa rasa lah, Kalau berbengkung tu macam mana pula?

No comments: