Tuesday, May 11, 2010

Pelik Tapi Benar: Cerita Lelaki Yang Diperkosa Oleh Wanita!

*Sumber dari Harian Metro.


“Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya,” kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa ‘diperkosa’ seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.

Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.

Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. “Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam,” katanya.

Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit.

“Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup mengajak melakukan hubungan seks.

Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.

Terkedu sejenak aku tatkala membaca berita di atas. Aku fikir hanya perempuan sahaja yang diperkosa, dicabul kehormatannya. Rupanya lelaki juga sama, tidak terlepas dari perkara ini. Sudah menjadi adat, manusia sering tertewas dengan godaan nafsu yang memuncak. Adakah kerana kurangnya iman di dada? Atau adakah nilai moral semakin terkikis dari dinding masyarakat? Sama-samalah kita saling ingat mengingati agar kita terbendung dari gejala maksiat yang menyesatkan umat ini.

Kata pujangga dari Sharifah Sofea-Sumber dari En. Google

Nota Kureno: Kenapa banyak janda yang sangap, ada sape2 boleh bagitau? =P



No comments: