Friday, June 18, 2010

18 SX: Ini Bukan Cerita Lucah!

Kepit mengenalkan diri.

Namaku Kepit Bin Kuat. *Bukan kepit kuat-kuat ye*. Aku taulah nama aku pelik tapi tolonglah jangan make fun of nama aku. Dah memang mak bapak aku dah berikan nama sedemikian rupa. Dan aku amat bersyukur atas keunikan nama tersebut. *padahal dalam hati, tuhan saja yang tau* Aku ada seorang adik kembar yang ku panggil Mut. Nama penuhnya ialah Kemut Bin Kuat *bukan juga bermaksud kemut kuat-kuat*. Korang jangan nak berpikiran kotor boleh tak? Ni yang aku hangin satu badan ni! Karang tak pasal-pasal ada juga yang mulut senget gara-gara tendangan manjaku di mulutmu. * mood emo*

Perihal kami.

Aku dan kembarku baru sahaja hendak mencecah umur setahun. Kami amat menyayangi ibu kami dengan sepenuh hati. Ibu merupakan insan yang paling baik di dunia ini dan dia menjaga kami umpama binatang menatang minyak yang penuh. Seringkali aku dan kembarku bergaduh, tetapi ibu dengan tenangnya sambil mengukir senyuman mesra meleraikan pertelingkahan antara kami. Tidak pernah sekali dalam sejarah ibu memarahi apatah lagi menaikkan tangannya terhadap kami. Dek kerana itu, ibu senantiasa bertakhta di mercu hati aku dan kembarku.

Kemut dan perut ular sawa.

Namun begitu, hatiku sering saja diguris oleh kembarku. Mut merupakan seorang bayi yang boleh kukatakan gemuk macam badak obes lantaran selera makannya yang macam ular sawa luar dari kebiasaan seorang bayi berumur setahun. Dia merupakan seorang bayi yang sangat kuat makan. Namakan saja semua jenis makanan, semua dia belasah licin. Ku kira, jika Mut mempunyai kelebihan membuka mulutnya seluas ular sawa, mungkin harimau pun dia telan barangkali. Tapi itu semua aku tidak kisah. Biarlah dia begitu, asalkan dia bahagia.

Alkisahnya.


Problem yang sebenar adalah aku seringkali rasa tertindas oleh Mut. Mana taknya, setiap kali aku ingin menyusu dengan ibuku, tiada setitik pun susu yang keluar kerana sudah dihisap habis oleh Kemut. "Ini mesti kerja Mut ni! Sampai kering kontang susu ibu kau hisap! Mut kau ni memang %^$$##$#!!" Kataku sambil membuat muka yang mencuka. Jika sekali, bolehlah aku maafkan, tapi kalau sudah berkali-kali? Ku pasti kalian juga akan marah jika diperlakukan sebegitu. Detik, saat, minit dan hari saling berganti. Dan dendamku juga semakin memuncak.

Aku hanyalah seorang baby yang cute yang inginkan susu yang secukupnya untuk tumbesaranku!


Plan baik punya.


"Arghhh! Mut ini dah tidak boleh dibiarkan lagi. Aku nak ajar dia. Biar dia mengerti tinggi rendahnya langit ini!" Bentak hatiku. Tiba-tiba suatu idea yang bernas dan agak boleh diterima akal terbit dari minda baby ku ini. He he he *evil lough*. Malam itu, aku sudah merangka plan "baik punya" untuk mengenakan Mut. Ibu sudah masuk ke kamar dan aku follow dari belakang tanpa diketahuinya. Ketika itu, ayah masih lagi tidak balik dari pejabat. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi dengkuran ibu. "Hah, chance baik ni!" Hatiku berdetik. Aku pun memulakan langkah pertama dalam  proses pelaksanan plan yang telah aku rancang sebelumnya. Aku sapukan "benda itu" di kedua-dua payudara ibu. Selesai operasi, aku pun keluar sambil berlari-lari baby  ke bilikku sebelum ada orang menyedarinya. "Fuhhhh! lega.. Siaplah kau Mut. Rasakan balasanku esok pagi!" Jerit hatiku sambil menghela nafas paling panjang.

Malang datang menimpa.

Hari itu hari Jumaat. Masihku ingat tarikhnya, 07 Mei 2010, jam 0545 pagi. Tidurku dikejutkan oleh suatu bunyi yang menggegarkan corong telinga. "Abang! Abang! Kenapa jadi macam ni? Bangun bang! Tolong, tolong... Laki aku. Uwaaaaaaa!" Esakan ibu jelas kedengaran di setiap ruang rumah. Aku dan Mut masing-masing terjaga dari lena, lantas bingkas bangun untuk melihat apa yang telah terjadi. Ibu yang menyedari kehadiran aku dan kembarku seakan mengerti akan kehairanan yang ditunjukkan oleh riak wajah kami berdua. "Ayah dah tiada lagi anakku. Dia telah pergi meninggalkan kita!" Kata ibu dalam esakkan tangisannya sambil memeluk sekujur tubuh kaku di atas lantai.

Ayah pergi buat selamanya.

Air mata keluar tanpa dipaksa. Aku dan kembarku merengek-rengek hiba menatap wajah sayu ayah yang keras tak bernyawa. Dapat aku lihat, sisa-sisa buih yang keluar meleleh dari mulutnya. "Seakan diracun..." Hatiku berdetik tiba-tiba. Namun kerana kesedihan yang meruap-ruap, ku biarkan saja persoalan itu tanpa dijawab. Aku memalingkan mukaku ke arah ibu. Lemah longlai sudah tubuhnya. Mayat ayah kemudiannya dihantarkan ke hospital. Kami tiga beranak bergegas mengekori ambulan.

Poison.

Doktor yang memeriksa ayahku menyatakan bahawa ayah telah diracun oleh seseorang. "Panggg!!!!" Aku terasa seperti di tampar oleh suatu tangan yang maha besar. Lantas memutarkan kembali apa yang terjadi malam tadi. "Benda" yang aku sapukan malam tadi adalah sejenis krim. Krim itu berbau sangat busuk dan di penutupnya tertulis POISON. "Poison? Apakah itu?" hatiku berkata. Sebagai seorang bayi, sudah tentulah aku tidak tahu apa itu poison kan. Aku kira dengan menyapu krim yang busuk itu pada payudara ibu, pasti akan dapat mematikan selera Mut. Adakah itu puncanya kematian ayah? *bingung*

Sehingga sekarang, aku masih lagi tertanya-tanya sebab musabab kematian ayahku. Adakah kerana krim yang aku sapukan ke atas ibu? Tapi bagaimana ia terjadi? Entahlah, aku pun tidak tahu. Aku hanya seorang bayi yang berusia setahun. Otakku tidak boleh berfikir sebaik orang dewasa. Ayah kenapa engkau pergi? Kenapa tidak Kemut saja yang pergi? Ahhh! Hisap susu kering lagilah aku jawabnya.

*the story is originally created by me.

Nota Kureno: Agak-agak korang macam mana ayah kepit dan kemut mati? ^.^

No comments: