Saturday, May 15, 2010

Retro: Bila Yang Lama Kembali Beraksi!


Dengan lafaz Bismillah bicara dimulakan. Aku ada soalan nak tanya ni. Korang, korang. Korang kenal tak siapakah empunya gerangan si pemilik gambar di atas? Tak tahu? Takpe. Mari mari aku nak heboh satu Malaya ni. Namanya ialah Nizam atau nama glamornya Nizam Arjuna *Arjuna tu..nama tetap tak mau kalah!*. Beliau suatu ketika dahulu amat popular dengan sebuah kumpulan rock pada hujung 80-an dan awal 90-an yang diberi nama Laksamana. Ha, mesti korang kenal kan? Meh meh kita lihat biodata dia orang.

Kumpulan: Laksamana
Genre: Rock
Kekuatan: Lagu-lagu rock tapi yang jiwa-jiwa punya type
Sejarah: Nama asal adalah kumpulan Ihsan. Ditukarkan kepada laksamana kerana Ihsan tidak melambangkan  ahli-ahli kumpulannya yang macho, tampan dan gagah perkasa *yang ini aku pandai-pandai tambah sesedap rasa ajinomoto*.
Lagu Popular: Gugurnya Bunga Cinta
Album: 1.Syukur
            2. Resah
Ahli Kumpulan: 1. Nizam (vokalis)
                        2. Mizi (bass)
                        3. Ahmad (drum)
                        4. Lokman (gitar)
              

Album Syukur yang meletup-letup suatu ketika dahulu bak meletakkan air di dalam minyak yang panas. Meletup-letupkan? Hah, macam itulah dia orang dulu.

Oh! Nizam Arjuna apa la agaknya yang kau tengah buat sekarang kan? Entah *Angkat bahu*, aku pun tak tau. Tapi yang pentingnya vokal beliau masih lagi terus menyengat dan berbisa. Tak percaya? Aku punya bukti yang sahih. Sila lihat video di bawah untuk menghayatinya. Kalau tak silap aku ,video ni diambil dekat Planet Hollywood pada tahun lepas.


Hebatkan? Oh! Aku ada lagi seorang yang hendak diperkenalkan. Beliau juga tidak kurang hebatnya. Rasanya lagi popular kot dari Nizam Arjuna dan kumpulan Laksamananya. Siapakah gerangan tuan punya body itu? Lihat saja gambar di bawah ni. Masih maintain kurus dan bergaya dengan spek matanya. Beliaulah Alim. Alim? Alim macam ustaz tu ke or alim-alim kucing? Nak kene hempuk dengan batu ke korang ni? Ish ish, nama dia Alim la.


Suatu ketika dahulu ketika beliau masih muda remaja, beliau pernah popular dengan kumpulan Kris. Dan aku yakin pasti, yang korang mesti tahu killer song dia orang yang bertajuk "Tiara" yang baru-baru ini dinyanyikan semula oleh Shahir Af8 *thanx korang, kerana lagu korang, Shahir tersingkir malam tu !*. Jom jom kita tengok bioadata dia orang ni pula ya!


Kumpulan: Kris
Genre: Rock Leleh
Kekuatan: Lagu-lagu rock tapi yang jiwa-jiwa punya type juga
Sejarah: Nama asal kumpulan ini pula adalah Rajawali. Ditukarkan kepada Kris kerana ingin setaraf dengan Kris Dayanti dan Kriss Allen katanya *korang percaya tak?*. Pernah memenangi lirik terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1991 menerusi lagu hit mereka, Tiara.
Lagu Popular: Tiara
Album: 1. Tiara  
            2. Ratna
Ahli Kumpulan: 1. Alim (vokalis)
                        2. Lomaq (bass) - abang kepada kid
                        3. Joey (drum) - pernah join kumpulan mega
                        4. Boy (gitar)







Wajah jambu batu milik ahli kumpulan Kris. Kau ada?

Alim ni dia punya speciality memang suara. Suara yang lunak dan serak-serak basah, memang terangkat habis beb! Meremang bulu ari2 roma aku tatkala mendengarnya. Jom layan! Memang syiok habis wa cakap lu!


Nota Kureno: Tatkala entri sedang ditulis, sakit hati aku dengan "kecemerlangan" team Malaysia kat Thomas Cup. Memang flying colours lah!

1 comment:

Anonymous said...

Obtain and pick some good things from you and it aids me to solve a problem, thanks.

- Henry