Wednesday, May 12, 2010

Kerana Seks Aku Hilang 500 Kalori?


Hubungan seks dapat menjaga kesihatan fizikal dan emosi- Gambar sumber dari sini


Hubungan keintiman seksual boleh diibaratkan satu senaman menyeluruh, yang mana semua otot badan dalam keadaan aktif serta perubahan yang berlaku kepada metabolisma badan yang meningkat ketika hubungan seksual lancar, selain peningkatan tekanan darah dan degupan jantung ke tahap cemerlang.

Ia juga meningkatkan pernafasan dan aktiviti otot pernafasan yang cergas serta pengeluaran hormon Oxytocin dan Beta-Endorfin yang menyegar dan merangsang syahwat.

Jadi tidak salah jika aktiviti itu dikatakan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, seakan-akan menggunakan tenaga untuk ‘lari pecut 100 meter’ yang mana 200-500 kalori digunakan.

Tidak salah juga jika dikatakan aktiviti hubungan seksual sungguh menyegarkan badan dan kesihatan jika kerap dilakukan.

Malah, kajian yang pernah dijalankan di Australia menunjukkan hubungan seksual mengurangkan kemungkinan mati cepat (sudden death), mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pasangan dan meningkatkan jangka hayat pasangan jika tahap kesihatan mereka mengizinkan.

Jadi kepada pasangan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, tidak bersenam, obes dan kerap mengalami tekanan, hubungan seksual menjadi bebanan dan mereka akan mencari alasan untuk tidak melakukannya.

Jadi untuk yang merasa letih dan lesu selepas bersama, pastikan anda amalkan gaya hidup sihat, lakukan senaman berkala dan jaga berat badan.

*Dibawakan kepada anda oleh Harian metro dan Dr. Ismail Thamby 

Nota Kureno: Bilalah aku nak kawin ni? He he he...

No comments: