Saturday, May 08, 2010

Saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU kerana ...


Good morning all. Hurm, hari ini aku bangun lewat sebab macam biasa la malam tadi merayap dengan geng partner in crime. He he he. Malam minggu kan? Standard la. Ye dak? Tadi masa tengah bloghopping dari satu blog ke blog yang lain, tiba-tiba mataku menangkap sesuatu yang agak menarik perhatian. Apakah itu?

Jeng jeng jeng. Ia adalah entri Ben Ashaari tentang tawaran untuk berada dalam blog listnya. Dan aku sekadar mampu berada di kategori hijau memandangkan jumlah follower yang tidak melebihi 300 orang. Untuk memasuki blog listnya, Ben telah meletakkan syarat iaitu membuat entri mengenai "Saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU kerana ...". Dan sebab-sebabnya adalah seperti di bawah:

  • Ingin lebih dikenali *dah lama menapak kat blogger ni tapi still tak dapat raih visitor yang ramai*
  • Ingin bersaing dengan blogger-blogger yang lain untuk menembusi pasaran blog yang sengit ini
  • Last and not least, aku ingin membawa blog aku ke mata dunia *cewah! impian setinggi langit!*

Nota Kureno:Harap-harap Ben sudi meletakkan aku dalam blog listnya. Amin. Semoga kamu terus sukses ya!

No comments: