Wednesday, May 05, 2010

Slogan Untuk abg eQ...

Jom jom jom jom, jom masuk masuk! Jom jom jom jom, jom masuk masuk! (Sila nyanyi dengan penuh nafsu ikut irama lagu Jom Heboh!) Masuk apa tu? Masuk contest yang dianjurkan oleh empunya diri yang diberi nama Safial Eqbal Zakaria atau lebih fofular lagi (dengan slang omputih) dengan panggilan abg eQ. Kalau tak silap aku, inilah julung-julung kalinya dalam sejarah abg eQ buat contest. (tol ke abg eQ? Kalu salah, buat bodo sudah! =P)

"Cuma perlu buat 1 slogan yang menarik & bersahaja, ada unsur 'kecindan' & kemesraan. Kalau slogan anda mampu buat abg eQ ketawa, mungkin anda bakal jadi pemenangnya! So...ini memerlukan anda buat sedikit 'homework' tentang abg eQ..." Kata Abg eQ sambil mengukir senyuman plastik paling manis.

Otakku dengan pantas men"digest" segala yang ku tahu tentang insan yang bernama abg eQ ini. Sudah agak lama ku kenali dia. Tidak keterlaluan jika kukatakan bahawa abg eQ adalah seorang yang tampan di mata wanita (ayat bodek baik punyeee!). Dia tidak lokek dalam mencurahkan ilmu fiziknya kepada para pelajar. Dan dia juga amat ringan tulang dan baik hati dalam menghulurkan bantuan tulus  ikhlas kepada sesiapa yang memerlukannya termasuklah warga emas. Oleh itu, terimalah wahai abg eQ, sloganku hanya untukmu:

"hhmmm...saya follow 'Kurasakan Something...' kerana blog ini membuatkan hari-hariku umpama pelangi selepas hujan, penuh dengan warna-warna suka-duka, gelak-tawa dan unsur-unsur humor  yang diilhamkan penulisnya yang sangat kacak bergaya persis jebon james bond malaya.... he he he *gelak jahat*  (30 patah perkataan sahaja, abg eQ kalau terlebih, sila buat hilang ingatan.. =P)

Pssttt abg eQ. Amacam? Ada terharu tak? Tak? "Hah lantak!" sambil membuat muka yang bergenang air mata :( . Lama woo amik masa nak tulis entri ni. Sob Sob Sob *sambil kesat airmata yang jatuh di pipi* . 

 Nota Kureno: Semua syarat-syarat contest telah saya penuhi. Khas buat abg eQ "Jalankan penilaian tanpa berat sebelah ye. Tapi kalu berat ke sebelah saya takpe.." =P

No comments: