Sunday, May 23, 2010

Muzik Video Eksklusif Single Terbaru Shahir, Adira dan Maulana!!!


Maka tepat jam 11 malam tadi, tertutuplah sudah tirai Af8 untuk musim ini. Dan rata-rata telah mengetahui keputusannya kan. Tahniah kepada Shahir, Adira dan Daus atas kemenangan anda. Adakah korang berpuas hati dengan result tersebut? Jeng jeng jeng... Tepuk dada tanya hati.

Pada pendapat aku lah kan, keputusannya sangat sangat predictable. Adakah ianya suatu konspirasi atau realiti, terserahlah pada pihak produksi astro kerana mereka punya kuasa. Tapi kalau betullah ianya suatu konspirasi dan pemenangnya telah ditentukan, maka untuk pengundi-pengundi di luar sana, anda tentu merasa terkilan kan.

Berbalik kepada konsert final af8 pada malam ini, aku agak berpuas hati secara keseluruhannya. Boleh aku katakan, kesemua single terbaru mereka sedap-sedap belaka, lebih-lebih lagi lagu daripada Maulana- Rsvp, Adira- Ku Ada Kamu dan Shahir- Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Lagu Daus pun not bad jugak, dan Iwan punya single aku tak minat. Jom jom jangan buang masa lagi. Mari kita layan video terbaru dorang, dibawakan kepada anda oleh Youtube!






Maulana-Rsvp: Yang ni aku punya personal favourite. Besh gilak!






Adira-Ku Ada Kamu: Cunnya Adira malam ni. Lagu yang melekat terus masuk ke dalam kalbuku!






Shahir- Kebahagiaan Dalam Perpisahan: Not bad lah lagu ni cuma agak old skool seperti kata Adlin.

Nota Kureno: Seharian kat bukit jalil hari ni. Penatnye.. jom tido!

No comments: