Saturday, June 05, 2010

Di Sebalik Mandi Lumpur Yang Mengghairahkan...



Aku ada fantasiku yang tersendiri. Ingin melihat anak dara sunti bermandikan lumpur. "Oh! Seksinya!" detik hatiku lantas mengukir senyuman nakal. Pada mata kasarku, gadis yang yang diselimuti lumpur itu amat mengghairahkan sekali. Eh! korang jangan salah sangka pulak ye. Ini hanyalah imaginasiku semata-mata. Normal la beb, korang pun pastinya ada fantasi korang masing-masing kan.


Mandi lumpur.

Macam mana perkataan itu boleh menerpa benakku? Nak tau? Sedang aku melayari internet, tiba-tiba mataku menangkap sesuatu yang menarik perhatian- gambar sekumpulan gadis sedang bermain lumpur. Sorry, mataku ini kadang-kadang sangat nakal pabila memandang gambar-gambar sebegitu sebentar tadi. Lantas entry ini kutitipkan.


Khasiatnya.

Mandi lumpur ini memang sudah lama menjadi amalan masyarakat di serata dunia kerana khasiat yang terdapat padanya. Mari kita singkap apa yang ada di sebalik lumpur-lumpur itu.Mandi lumpur selalunya dilakukan sebagai terapi kesihatan kerana lumpur ini dipercayai memiliki unsur-unsur yang penting untuk memutihkan serta mengencangkan kulit. Lumpur mengandungi mineral dan bersifat astringent iaitu memiliki keupayaan untuk mengeras setelah kering,

Jenis-jenis lumpur.

Terdapat 4 jenis lumpur yang digunakan sebagai terapi iaitu lumpur hitam, lumpur hijau, lumpur coklat dan lumpur putih. Lumpur hitam mengandungi mangan, besi, karbon dan oksigen manakala lumpur hijau pula terdapatnya mineral karbonat dan kalsium di dalamnya. Sementara lumpur coklat mengandungi mineral zink, besi dan oksigen yang berguna untuk melangsingkan sekaligus menegangkan kulit. Dan yang terakhir, iaitu lumpur putih pula mempunyai mineral kalsium, oksigen dan zink oksida yang mana berkhasiat untuk memutihkan kulit.



Mandi lumpur sebagai proses detoksifikasi toksin.

Selain daripada itu, mandi lumpur juga berfungsi sebagai terapi detoks yang semakin popular serata dunia. Sebelum ini, kebanyakan pengamal perubatan di eropah menjadikannya sebagai salah satu kaedah untuk rawatan arthritis. Proses detoksifikasi secara sedar adalah baik untuk tahap kesihatan yang optimum dan salah satu caranya adalah melalui kulit.

Apa itu toksin?

Toksin adalah sejenis unsur yang bertoksik yang terdapat pada persekitaran yang sering menyerang tubuh badan dengan berkumpul pada bahagian lemak badan. Toksin yang berlebihan pada badan akan menyebabkan masalah kulit, selesema yang kerap, alergi, sakit badan yang berpanjangan, lemah badan dan masalah-masalah lain.

Kehebatan mandi lumpur.

Memang banyak keistimewaannya kita bermain lumpur ini. Dipercayai dengan mandi lumpur berupaya untuk merelakskan otot-otot badan, melegakan kesakitan, memperbaiki sistem peredaran darah dan yang pentingnya dapat menghalus dan memutihkan kulit. Selain itu, ia juga disyorkan untuk mengurangkan stress dan pastinya kita akan merasa lebih muda dan bertenaga di akhir setiap sesi mandi lumpur.




Nota Kureno: Jom ramai-ramai kita main lumpur!

1 comment:

Anonymous said...

Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.