Wednesday, June 02, 2010

Tom Cruise, Keanu Reeves dan Disleksia

 Disleksia dan mereka tidak boleh dipisahkan?

Tidak semua manusia di dunia ini lahir dalam keadaan yang sempurna. Kalau seseorang bayi itu lahir dengan kecacatan anggota, kita semua boleh melihatnya tetapi bagaimana pula yang lahir dengan  fizikal luaran yang lengkap tetapi pada hakikatnya ia tidak sempurna. Tom Cruise dan Keanu Reeves-mungkin anda semua kenal aktor Hollywood yang gah ini tetapi adakah anda tahu bahawa mereka mempunyai satu persamaan. Ya, mereka berdua merupakan pengidap disleksia.

Disleksia? Apakah? Adakah sejenis tumbuhan kulat yang tumbuh kat roti korang? Hei, apa kau merepek ni. Dah sah-sah lah bukan. Disleksia adalah sejenis gangguan pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak dalam menulis, membaca, mengeja dan mengira. Kiranya kalau korang nak mengajar kanak-kanak disleksia ni, pastinya mulut korang bukan setakat berbuih-buih nak mengajar dorang malahan pada mereka yang panas baran, pastinya kaki dan tangan turut juga naik sekali. So, kepada mereka yang sentiasa amarah itu, jauhkanlah diri korang daripada kanak-kanak ini.


Disleksia bukan sejenis penyakit atau kecacatan mental, tetapi hanya gangguan pembelajaran semata-mata. Harap korang semua clear dengan statement ni. Jangan nanti, contohnya jiran sebelah umah korang anak dia ada disleksia, maka korang dengan ringan mulut dan tanpa segan-silu mengatakan anaknya itu cacat. Oh! salah sama sekali dan agak "sopan" bahasa korang itu ye. So, mind your words! Owh ada sedikit info tentang penyakit ini. Sila baca di bawah.

Sumber dari kosmo

Benarkah disleksia dan orang-orang terkenal yang femes amos saling berkaitan? Mari kita lihat siapakah gerangannya mereka-mereka yang tergolong dalam kelompok pengidap disleksia ini selain dari dua aktor di atas.

.
Pablo Picasso- Seorang pelukis sepanyol yang terkenal yang lahir pada 1881.


Richard Branson- Merupakan seorang founder dan chairman kepada London-based Virgin Group
Leonardo Da Vinci- Yang ni kalau korang tak kenal tak tau lah aku. Merupakan seorang inventor, saintis, jurutera, arkitek, pelukis, sculptor, ahli muzik, ahli matematik, anatomist, astronomer, ahli kaji bumi, biologist dan philosopher.  

Thomas Edison- Seorang saintis dan inventor. Berjaya merekacipta sebanyak 1093 ciptaan baru sepanjang hidupnya.


Jay Leno- Perasan mukanya di kaca tv? Merupakan seorang comedian yang terkenal di Amerika.


Whoopi Goldberg- Yang ini sah-sah korang kenalkan. Seorang wanita, ibu dan pelakon terkenal yang telah merangkul beberapa anugerah berprestij sepanjang kariernya.
 

Tom Kureno- Oh! macam mana gambar aku boleh tersesat kat sini. Maaf, kesalahan telah dilakukan dengan sengaja =P...
Kesimpulannya, disleksia bukan sejenis kecacatan, hanyalah gangguan pembelajaran semata-mata. Tidak boleh berjangkit tapi boleh diwarisi dari genetik nenek moyang korang. But the most important thing is disleksia boleh diatasi dan dikawal. Tak percaya? Lihat sahaja gambar-gambar mereka yang terkenal di atas ini yang amat berjaya dalam bidang masing-masing *termasuklah aku... hehehe..*.

Nota Kureno: Tak ada manusia perfect! semuanya ada kekurangan masing2..

No comments: