Saturday, August 07, 2010

Mengupdatekan Diri Dalam Kesakitan URTI!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Oh! Aku memang tak sihat hari ni. Tatkala mata ini dibuka pada pagi Jumaat yang syahdu ni, terasa badan panas semacam. Dan eh! kenapa tekakku kelihatannya sukar untuk menelan. Ok, sakit tekak rupanya.

Termenung seketika. Nak pegi kerja or klinik?

Ok klinik!

"Harap-harap dapatlah sijil cuti sakit", aku mengharap dalam hati.

Lantas, Suzuki Vs 150 berkaler silver ku tunggangi dengan kelajuan yang agak sepoi-sepoi bahasa *standard orang sakit bawak slow* untuk menuju ke Klinik Alam Damai. Kelihatan kenderaan berpusu-pusu di atas jalanraya. Tapi aku tak kisah, kerana aku boleh mencilokkan diri agar segera sampai ke destinasi.

10 minit kemudian.

Selamat sampai ke lokasi iaitu kelinik. Aku di sambut dengan empat orang awek yang bertugas pada pagi itu. "Comey-comey jugak depa noh!" secara sepontan aku menggunakan loghat kedah bermonolog pada diri sendiri.

Penantian ke kamar rundingan 1.

Hah, bab ni yang paling aku tak gemar. Menunggu! Tapi nak tak nak tunggu jela. Ye dak? Sambil-sambil tu aku melihat gelagat anak-anak kecil berlari ke sana ke mari. Terhibur jugalah tengok aksi melucukan dorang tu.

Sejam berlalu.

"Encik ______ . Sila masuk ke bilik rundingan 1", namaku disebut. *sila isi tempat kosong mengikut taste nama masing-masing*

"Assalamualaikum encik. Sakit apa hari ni?" lembut suara doktor itu menegurku.

"Errr.. Saya rasa tak sedap badanlah. Badan rasa panas ditambah pula dengan batuk-batuk dan sakit tekak", aku membalas.

"Oh! Sepertinya encik telah terkena URTI ni".



URTI? Apakah itu? Segera ku buka kamus kitab google.

URTI adalah singkatan daripada perkataan inggeris yang bermaksud Upper Respiratory Tract Infection. Dalam bahasa melayunya adalah Jangkitan Salur Pernafasan Atas. Jangkitan ini memang sangat lazim berlaku di negara-negara beriklim khatulistiwa kerana cuacanya yang panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan kuman ini senang menjangkiti kita.

Tanda dan gejala.

Kebanyakkan daripada mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami:
  • Selesema
  • Sakit tekak/kerongkong
  • Hidung berair
  • Sakit telinga/ Telinga keluar cecair
  • Demam 
Extra info: Kepada para ibubapa, sekiranya anak-anak anda yang berusia bawah 5 tahun menghadapi gejala seperti atas, sila kejarkan mereka ke klinik berhampiran dengan segera. Kerana kanak-kanak mempunyai imunisasi yang lemah dan mencetus kuman ini membiak dengan progresifnya. Mereka mungkin mendapat penyakit Bronchopneumonia atau lebih teruk lagi Meningitis dan seterusnya boleh membawa maut.

Oh! Terima kasih URTI kerana telah memilih aku sebagai mangsanya. THANK YOU SO MUCH! 

 Nota Kureno : Ish! Macam mana nak pi dating esok ni? Sambil garu-garu kepala yang tak gatal.

2 comments: