Saturday, August 07, 2010

Twitter, Traffic, Famous and Fame!

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 12:40 tengah malam, hari sabtu. Aku baru balik dari LCCT sepang pergi mengambil member yang outstation nun di Sarawak. Penat. Ditambah pulak dengan badan yang agak sengal-sengal dek kerana URTI.

Puas aku cuba pejamkan mata. Namun gagal. Lantas mengonlinekan diri dan mengupdatekan blog. Al-maklumlah dah lama sangat tak update secara frequent kan. So, saat diri ni tengah rajin nak update, pulun la habis-habisan.

Back to the topic.



Twittter, traffic, famous and fame.

Apakah itu twitter? (yang ni aku rasa semua orang dah tau kot) Dan apakah kaitannya dengan trafik, menjadi famous dan menempa kemasyuran? Di sini jawapannya dilerai.

Twitter adalah salah satu daripada social network yang terdapat di mukabumi ini selain daripada Facebook, Tagged, Myspace etc. Secara amnya, Twitter diwujudkan untuk mengupdate status korang yang terkini. Mengikut kamus encik wiki, selain daripada itu, twitter juga berfungsi sebagai microblogging.  Anda semua faham istilah microblogging? 

Meh sini ceq nak habaq kat hampa semua. Microblogging merupakan salah satu kaedah berblogging di alam maya ini cuma bezanya ialah kita berblog secara mikro bermaksud berblog dengan jumlah patah kata yang sedikit ataupun terhad. 

Nampak tak keistimewaan microblogging ni? Tak nampak? Lambat pick up la korang. Dengan microblogging ni membolehkan korang semua menyampaikan maklumat secara ringkas, padat, dan tepat tanpa kona kiri kanan. Oleh itu menyebabkan penyampaian maklumat berlaku dengan lebih telus dan berkesan.

Oh! hampir terlupa. Dan semua maklumat yang anda post dan terima adalah in real time! Bermaksud sepantas halilintar sesuatu maklumat itu boleh dihantar dan diterima. Bayangkan semua maklumat terkini hanya di hujung jari anda.Ianya jelas memang amat berguna. 

Twitter ini sangat mudah untuk didaftar, digunakan dan difahami berbanding social network yang lain termasuklah RSS feed yang tidak semua orang tahu menggunakannya. Tidak hairanlah jika Twitter sedang menjadi trend masa kini memandangkan kepada ciri-cirinya yang mudah dan praktikal.

Trafik dan twitter. Twitter dan trafik.

Dengan twitter korang boleh follow semua orang kat dunia ni yang mempunyai akaunnya. Dengan hanya satu klik, sangat mudah. Dalam sekelip mata juga korang boleh mencipta connection yang banyak. More connection equivalent to more people that read your tweet. Maka lagi banyak orang, maka semakin banyaklah trafik ke blog korang sekirannya korang mempromosikan link belog di twitter ini.

Dan jika korang sangat aktif dalam twitter ini, maka sudah tentulah bilangan follower semakin bertambahkan. Ambil advantage daripada situ untuk bina circle of your reader.

Famous and fame.

Korang ingat kalau korang ada twitter ini boleh famous and fame ke? Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Tepuk dada, tanya diri korang sendirilah. Ha ha ha. Maksud aku di sini, ialah kita boleh menjadi follower kepada artis yang kita minati. Just name it, Justin Bieber? Justin Timberlake? Justin Timber telaga? Boleh dikatakan hampir semua artis di dunia ni ada akaun twitter masing-masing.

So, sekarang cara paling mudah untuk mendekati artis pujaan hati korang hanyalah dengan memfollow mereka di twitter sahaja. Dan korang boleh tahu update terkini tentang mereka in a real time. Dan sudah pastinya mendekatkan diri korang dengan mereka yang famous and fame ini kan.

Last but not least. Bukan hanya dengan berblogging sahaja korang boleh menambah pendapatan dengan beriklan. Twitter juga tidak ketinggalan, malahan rasanya lebih banyak korang boleh earn kot tapi perlu kerajinan lah di situ. Twitter advertisement seperti sponsoredtweets dan churpchurp memang lumayan jika korang join. Tak rugi pun kalau korang mencuba.

So? Apa lagi cepat-cepatlah buat akaun twitter di sini. Dan jangan lupa add aku di sini.

For bloggers, it's a must for korang ada twitter ni. Seriously, I really mean it! Akhir kata selamat menceburi bidang ini dan mentweetkan diri. 

Nota Kureno: Jangan lupa add aku kat @tom_kureno . Mari kita bersosial secara maya sekarang!

No comments: