Sunday, September 12, 2010

Sosilawati Jutawan Kosmetik Mati Dibunuh!

Sumber dari kosmo
Salam Aidilfitri semua.

Masih lagi dalam mood raya. Hari ini telah masuk raya ketiga. Alhamdulillah. Hari ini bangun agak lewat gara-gara beraya sakan hingga lewat malam semalam. Penat tapi puas.

Istighfar panjang aku apabila membaca headline berita hari ini.

Datuk Sosilawati Lawiya yang merupakan jutawan kosmetik terkenal telah dibunuh dengan kejam beserta tiga yang lain. Mereka dipercayai telah dibakar sehingga menjadi abu, dan abu tersebut dibuang ke pantai Morib.

Mereka semua telah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos yang lalu. Ini bermakna kalau berita tersebut adalah benar, maka Datuk Sosilawati telah diragut nyawanya pada bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Adakah orang yang membunuh mereka ini orang Islam?

Jika benar, terpalit sudah arang di muka kita. Kenapalah manusia harus bunuh berbunuhan semata-mata kerana wang? Waspada sahabatku. Wang umpama marijuana, semakin dekat kita dengan wang, semakin lalai dan alpalah kita jadinya.

Tak sanggup nak review lagi. Klik sini untuk pembacaan seterusnya.

 Nota kureno: Selamat beraya untuk hari ini ye kawan-kawan sekalian :) Ingat jangan main hentam je makan semua benda, takut nanti korang akan sakit perut seperti apa yang aku alami skang ni :(

3 comments:

iRfan Johan said...

ye..da lme tertnye2...terjawab sudah.

tOm said...

terbongkar sudah rahsia!

ciput said...

sangat kejam..mungkin kes ni jadi pembunuhan terkejam tahun ini..

p/s: inilah dia, bila melayu nk maju sikit, dengki sana, dengki sini..kenapa smpai nk bunuh?haishh..