Friday, October 15, 2010

Jumaat Hari Yang Ulung

Assalamualaikum w.b.t

Dan salam sejahtera.

Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan aku dan kamu serta kita semua. Sedar tak sedar, kita telah pun melepasi bulan syawal.

Jujur. Aku berasa tidak puas. Tidak puas untuk menikmati tiap detik yang sedang dan telah berlalu. Hai masa, alangkah indahnya dunia sekiranya engkau boleh aku pause, rewind dan fast forward. Umpama menonton dvd gamaknya. Tapi ia sekadar imaginasi yang ditenggelami hakiki.

Jumaat. Friday. Sama tapi serupa. Sama maksudnya tetapi cara ejaannya berbeza. Jumaat adalah hari yang ulung. Kenapa?

Kerana dalam Islam sendiri, Jumaat telah diangkat sebagai penghulu segala hari. Pada hari ini jugalah, para muslim berhimpun di masjid menunaikan solat jumaat.

Dan secara personalnya hari ini merupakan hari yang agak sibuk buat aku. Seawal pukul 4.30 pagi aku telah bangun dari lenaku.

Awal bukan? Bukan kehendak hati tetapi kerana perut mengalami proses peristalsis yang lebih laju daripada biasa. Atau dalam bahasa amnya, sakit perut.

Oh! Dua kali aku bangun. Nasib baiklah lega. Kalau tidak, surat cuti sakit la jawabnya.

Diri masih tidak puas untuk beradu namun apakan daya komitmen kerja tetap harus diutamakan. Dan seperti biasa, kesibukan telah menjadi tradisi kerja.

Penat. Namun inilah Jumaat bagi ku. Sehingga malam nanti, jadual hidupku pasti tidak berhenti lagi.

Pesanan untuk kaum adam. Mari-mari kita pergi menunaikan solat jumaat kerana ia adalah wajib bagi diri kamu!

Psst! Maaf kerana gambar hiasan tiada kaitan langsung dengan bebelan entri :p
Published with Blogger-droid v1.6.3

2 comments:

MR Bang Miji said...

tular pasai..pelik plak entry tu ade gmbr tu..papepom tucing yg tomey..

Pojiepooh Abdullah said...

Ahaaii pic xde kaitan sama entry, tapi pic itu yg membuatkan hati ini tertarik utk klik blog nih. Sgt cute :)

Salam ziarah dari PojiePooh Abdullah