Saturday, October 09, 2010

Lawan Comel!

Salam.

Dan selamat pagi sabtu semua!

Hari ini dalam sejarah, first time aku menulis entri kala pagi sabtu sebegini kerana selalunya aku hanya bangun selepas mentari telah berada 90° di atas kepala.

Semalam ceq tidoq awai, dats why bangun awal ;p

Eh! Sebenarnya nak kongsi tentang sesuatu yang amat comel di pandangan mataku.

Tentang London dan Encik B.

London? A'a miss London. Sebuah nama yang ku angkat dari sebuah kota besar Inggeris lalu ku letakkan ia pada makhluk kecil tapi gebu.

Dia adalah seekor kucing yang baru sahaja lahir tanggal 22 september yang lepas. Menjadi satu-satunya baby (i mean kitten) di dalam rumah ini menyebabkan London menjadi kesayangan kami sekeluarga.

Tiap kali aku mengusik perutnya yang buncit (overdose susu ibu agaknya) pasti akan kedengaran suara meow yang halus lagi nyaring daripada London. Dan itu merupakan sesuatu yang amat comel bagi ku :)

Encik B a.k.a Mr. B.

B adalah sejenis huruf yakni diambil dari awalan perkataan Beruk. So encik B adalah encik beruk la.

Comel sangat ke encik beruk ni?

Sumpah, seriously sangat comel! Dan boleh ku katakan saingan terhebat kepada London.

Lihat sahaja gambar di atas itu. Dua-dua pun sangat kiut miut!

Siapakah pilihan korang? Adakah miss London? Atau mungkinkah Encik B?

Place your vote now! Talian undian di buka sekarang!

:)

Tom's out!
Published with Blogger-droid v1.6.2