Thursday, December 01, 2011

Habuk. Belog. Guwa.




Salam kepada semua pembaca-pembaca belog guwa.

Hari ini 1 Disember 2011 jam 1102 pagi tatkala entri ni guwa titipkan. Sudah hampir setahun belog ni guwa tinggalkan tanpa ada orang yang menjaganya. Lantas member-member sekalian memberinya gelaran belog berhabuk. Belog antik yang hanya layak dipamerkan di muzium negara. Tapi mereka tidak tahu cerita disebaliknya. Cerita yang malas guwa ungkit kembali.

Biarlah apa yang berlaku menjadi sebahagian daripada memori perjalanan hidup guwa. Bak kata ayat-ayat di belog header guwa; "People come and go. And new chapter written everyday". Tak salah sikit pun ayat tu. Dan memang guwa pun banyak berpegang kepada kata-kata tersebut. Kerana hidup ini adalah sebuah perjalanan yang tiada hentinya dan hanya akan terhenti pabila nyawa terpisah dari jasad.

Eh eh! Ekceli guwa tengah kerja ni. Tapi curi-curi masa untuk tulis entri ni. Secara serius memang guwa rindu nak menulis. Nanti-nanti guwa tulis lagi ok. Assalamualaikum w.b.t.

2 comments:

Hami Asraff said...

...and life must go on. Only strong can survive.


:)

Anonymous said...

Sob sob now u look happy,meowww