Thursday, April 15, 2010

Destinasi Budget... Wahh Bestnye!!

 Saya pula mahu bercuti ke paris dengan modal Rm 25.40. Boleh?- Gambar ihsan dari MAS

Korang nak pergi bercuti? Tapi poket korang tak cukup isi? So, destinasi budget by MAS adalah jawapannya. Pagi tadi masa aku online secara tak sengaja telah termasuk kat dalam web ni. Sila take note ye En. MAS, aku  promote kau punya site ni, tak reti-reti nak bagi aku percutian percuma?Aku nak holiday 2 weeks je kat Paris. Berangan jela aku ni.

Ok.. Secara dasarnya, laman ni berkonsepkan webvideo bersiri dan sekarang ni da masuk episod yang ke-7 da pun. Webvideo kat dalam site ni sangat lah informatif dan interaktif. Setakat ni, dorang dah menjelajah 7 destinasi antaranya ialah Kuala Lumpur, Bangkok, Penang, Kuching, Manila, Phnom Pehn dan Kota Kinabalu.

Yang menariknya adalah di dalam setiap episod akan diceritakan berapakah budget untuk destinasi tersebut, siap dengan tempat penginapan, makanan, tempat shopping dan juga lokasi popular untuk korang ambil gambar banyak-banyak. And korang bolehlah upload gambar percutian kat korang punya FB. Pastu tagged banyak-banyak orang. Pastu orang akan  komen banyak-banyak, last-last jadik spam kat inbox plak. Apa yang paling seronok ialah dengan hanya budget serendah RM300 korang dah boleh melancong ke destinasi tersebut. Sila jangan jakun ye. So ape lagi, klik la untuk tengok episod-episod ni.

Nota Kureno: Kalu korang ada tempat best nak pergi, jangan lupa ajak aku skali ye...


No comments: