Thursday, April 15, 2010

Psikosis Puerperium: Satu Keadaan Yang Anda Perlu Ambil Tahu!

 Trust me! Aku tak gila!-Gambar Ihsan dari En. Google

Adakah korang tahu tentang psikosis puerperium? Tak Tahu? So hari ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang penyakit ini agar korang mendapat info tentang penyakit tersebut. Psikosis puerperium adalah terma medikal untuk penyakit gila meroyan. Bukan meroyan sebab kene tinggal kekasih ye. Harap korang dapat membezakannya.

Gila meroyan adalah masalah tekanan perasaan sama ada peringkat pertama, kedua atau ketiga boleh dialami semua wanita tanpa mengira bangsa. Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami gila meroyan tidak pernah mengalami sebarang perubahan mood sebelum hamil.

Gila meroyan boleh terjadi seawal dua minggu selepas melahirkan. Ia boleh menyebabkan wanita sentiasa paranoid dan berhalusinasi. Selain itu dia akan hilang selera dan sukar tidur malam. Sesuatu yang paling ketara dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya. 

Wanita yang menghadapi penyakit ini sangat berbahaya jika dibiarkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana selalu merasakan anak itu bukan anaknya. Selain itu dia juga berupaya mencederakan diri atau membunuh diri. Pada peringkat ini, rawatan sangat diperlukan.

Wujud ke penyakit ni kat Malaysia? Memang wujud dan baru-baru ini dah pun terjadi. Aku bukan propa ok? Kisah benar tentang psikosis puerperium ini dibawa oleh Berita Harian:

Batu Pahat, 05 April 2010 : Dua beradik lelaki cedera ditikam ibu mereka yang dalam pantang dengan sebilah gunting ketika mangsa sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, ibu kanak-kanak berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan mental, dikatakan memasuki bilik tidur mangsa sebelum menikam belakang badan Zahirul Imran Hamidon, 10, dan Mohd Hazim Irshad, 8, manakala seorang lagi anaknya berusia enam tahun tidak dicederakan. Beliau berkata, bapa mangsa meluru ke bilik anaknya dan mendapati isterinya yang berusia 39 tahun sedang memegang gunting.

“Suspek baru melahirkan anak kelimanya, kira-kira dua minggu lalu, iaitu satu-satunya bayi perempuan dalam keluarga itu, tetapi bayi berkenaan mengalami Sindrom Down. Seminggu lalu pula, bapanya meninggal dunia, katanya ketika melawat dua beradik itu di Wad Kanak-Kanak HBP di sini.

Nota Kureno: Jika isteri,sedara,kawan atau siapa sahaja yang ada simptom ni, cepat-cepat la bawa dia ke hospital kerana  rawatan awal bisa menyembuhkannya 100%!


No comments: