Sunday, April 18, 2010

Episode 2: The Truth About Unicorn Reveal!

 Unicorn ku lari gagah berani!- Ini adalah gambar real bukan edited ok.

Salam sejahtera readers. Kembali kita bertemu di episod kedua yang akan mengupas kebenaran tentang haiwan mitos, unicorn ini. Dalam episod pertama aku dah bagi hint kat korang tentang kewujudan haiwan ini kan. Oleh itu, dalam episod kali ni aku nak reveal pasal biodata a.k.a asal usul mereka pulak. Manalah tau mereka ini kacukan kuda putih dengan badak ke kan. Tolong jangan percaya, itu andaian aku semata-mata.

Perkataan Unicorn adalah berasal dari bahasa latin "unos cornu" yang membawa maksud bertanduk satu. Unicorn seperti yang kita semua maklum adalah sejenis makhluk atau haiwan mitos yang suatu ketika dahulu hidup pada tahun 2500 sebelum masihi. Erm, maksudnya satu zaman dengan dinasour la tu. Tahukah korang bahawa Unicorn sebenarnya bukan berasal dari Greek malahan tidak wujud pun dalam sejarah awal yang ditulis oleh orang-orang Greek. Kebenarannya adalah mereka berasal daripada tamadun lembah Indus iaitu di India. Satu fakta yang agak mengejutkan bukan?


Tulang yang telah dijumpai di Unicorn Cave, Germany yang telah dicantumkan semula dan dipercayai adalah unicorn yang hidup pada zaman 1663

Namun begitu, haiwan mitos ini amat popular di negara-negara asia dan eropah antaranya China, Jepun, Perancis, Denmark, Jerman dan Norway. Haiwan ini juga digambarkan sebagai makhluk yang suci, kuat serta mempunyai kekuatan yang luarbiasa dan disebut beberapa kali dalam kitab Bible. Haiwan ini amat sukar ditemui dan apatah lagi untuk menangkapnya. Manusia dahulukala memburu unicorn kerana dikatakan tanduknya merupakan penawar segala racun di dunia ini.

 Lambang Czech Republic

Sculpture dari Scotland

Lambang dari Jerman

Macamana orang zaman dahulu nak menangkap unicorn ni? Cuba korang pikir? Korang rasa dengan hanya memasang umpan pisang? Ingat monyet ke? Umpan cacing? Unicorn dah kena sumpah jadi ikan ke? No no no. Semua itu salah. Percaya atau tidak manusia zaman nenek moyang kita dahulu dikatakan menjerat unicorn dengan hanya menggunakan anak dara. Sorry mak cik Kiah, makcik tak layak dijadikan umpan! ha ha ha. Yes, tepat sekali kerana unicorn ni hanya tunduk dengan anak dara sahaja. Pandai unicorn ni pilih umpan kan. Motif sangat!

Oklah.Nampaknya aku akan tamatkan episod 2 setakat ini sahaja. Kalau aku tulis panjang-panjang karang, pening pulak kepala korang nak bacakan. Aku malas sebenarnya :P, uhuhuhu Tapi jangan lupa nantikan episod 3 pada esok hari yang pastinya aku akan merungkai lagi banyak misteri tentang unicorn ni yang korang memang tak akan sangka pun! Sekian, wassalam.

Nota Kureno: Percaya tak korang kalau aku cakap Unicorn masih hidup sampai sekarang... Jeng jeng jeng. Nantikan episod akan datang!