Wednesday, April 21, 2010

Outstation ke JB!!!

Salam readers. Acapkali aku nak post entry baru je, ada saja halangannya. Balik kerja lambat la, member ajak lepak la dan macam-macam lagi alasan yang tak boleh pakai, cakap jela malas kan. Fuhh! Akhirnya dapat jugak aku duduk sambil korek hidung atas kerusi empuk aku ni untuk aku titipkan sepatah dua kata kat blog terchenta! Sepatah dua kata saja, kalu lebih korang sambung sendiri. Ha ha ha.

Ok, kita mulakan dengan update yang pertama. Dua hari lepas, aku baru sahaja mendapat seekor seorang sepupu baru. Welcome home cousin! Name dia Muhammad Ismail. Congrats to my youngest makcik and pakcik. Next year jangan lupa keluarkan produk baru lagi. Sorry, gambar tak ada, sebab handset aku bengong, rasa macam nak campak dalam longkang je! ada masalah yang tak dapat dielakkan. Tapi, one thing for sure, muka dia memang comel, macam SEPUPU dia jugak. Oh! kata sepupu sengaja dibesarkan agar korang tahu, sila take note :P . Kui kui kui.

Besok hari khamis kan. Dan besok juga merupakan hari aku berangkat ke Johor Bahru untuk ke conference MSA. Tak tahu apa itu MSA? MSA ialah Malaysian Society Of Anaesthesiologists dan conference ini merupakan acara tahunan. Nak tak nak kena pergi jugak, nasib baik lah kene sponsor kalau tak mati hidup balik pun jangan harap aku nak pergi. So aku akan menginap di Zone Regency Hotel dan bertapa kat sana sampai la hari ahad. Sila lihat gambar di bawah untuk hidangan mata anda.


The Zone Regency Hotel- Birunya laut!

Inilah tempat tidurku selama 4 hari- Ni tido ni, gerenti tak boleh bangun

Oh! gambar ini bukan gambar aku dan tak ada kena mengena pun dengan hidup aku- Sekadar gambar hiasan. Thanks to En. Google!

Dekat sini aku nak minta maaf dekat korang yang mungkin ternanti-nantikan episod unicorn yang seterusnya. Bukan niat aku untuk menaburkan janji keling kosong, tetapi ketahuilah wahai korang bahawasanya aku memang tak ada masa. Tengoklah kalau sempat aku akan update, kalau tak sempat mungkin next week kot. Insya Allah. Oleh itu, arakian, and so, doakanlah aku pergi dan balik in one piece! Tata, jumpa korang kat Danga Bay, mungkin aku lepak kat sana.

Nota Kureno: Member aku baru sahaja mesej ajak lepak, nampaknya kena tunggu next week la kalau nak baca sambungan pasal unicorn. huhuhu!