Friday, June 11, 2010

Tak mau, tak mau, tak mau.. Aku mau yang besar jugak!!!

Sudah ku katakan. Setakat itu sahaja yang aku mampu berikan. Tapi kenapa engkau masih lagi tak paham atau buat-buat tak paham? Inilah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Dapat yang kecil, nak juga yang besar. Erk, sorry aku membebel sorang-sorang. Korang tau ke aku cakap pasal siapa? Nak tau? Tak nak tau? Cak cak cak ada aku kesah!

Bukan apa, jiran sebelah umah aku, Mak Cik Kiah, sibuk la membebel ngan mak aku pasal rantai emas yang hubby die belikan tu kecil. Tak padan ngan die, katanya. Die nak yang besar jugak. Kalau boleh nak besar macam rantai basikal agaknya.Tak sedar diri betul, dunia kata pergi, kubur kata mari ade ke patut mengadu ngan mak aku. Tapi mak aku ni, jenis yang kool. So die wat bodo je. Lagipun kami satu famili da tau dengan perangai mak cik Kiah ni.

Hurm.. masyarakat masyarakat. Sebut pasal ketidakpuasan diri, aku rasa semua orang pun ade gak feeling macam ni termasuklah aku. Tapi, terpulanglah pada kita macamana nak kawal diri daripada benda-benda macam ni kan. Pernah tak korang berhadapan dengan situasi sebegini? Mestilah pernah kan. So, adakah korang membiarkan nafsu hati korang menang atau korang dapat menahannya? Satu persoalan yang hanya korang ada jawapannya. Renung-renungkan dan selamat beramal!



Nota Kureno:Tak mau rantai emas, nak jongkong emas boley?


No comments: