Monday, April 26, 2010

Welcome Home!


 Thanks En. Onyok kerana sudi sponsor untuk pengangkutan :-P

Salam readers. Aku baru je sampai umah ni. Wah! rindunya rasa hati nak menulis blog. So aku nak buat a brief update je. Sudah hampir 4 hari aku dah tak update blog. Balik umah je, terus kemas-kemas barang, update FB and terus on blogger. Mandi pun tak sempat lagik. Pedulik! Bukannya korang boleh bau pun :P .

Selama 4 hari aku dekat JB, jadual aku sangatlah packed dengan tidur dan shopping jadual conference WALAUPUN (perkataan walaupun sengaja dibesarkan dengan niat) aku banyak skip the schedule. Lantak! bukannya kene denda pun. Yang sebenarnya aku banyak gila window shopping dekat bawah hotel. Gila korang! Kat bawah hotel tu kan ada kompleks bebas cukai dan aku pun mengambil kesempatan atas keadaan itu. Tolong jangan salahkan aku ye. Hu hu hu.

Ok ok. Mata da berat, badan pun dah berlengas dengan peluh. Sebelum aku tertidur dalam keadaan menjijikkan, baik aku pergi mandi dulu. Esok kerja woo. Waaa malasnya.

Nota Kureno: Selamat malam kurenorian. Kurenorian? Apakah itu? Nantikan jawapannya dalam update yang akan datang!