Sunday, August 15, 2010

Entri Segar Dari Ladang: Gula Adalah Racun Yang Manis!

Hidupku tak bererti tanpa gula. Biarkan aku dengan gula-gula ku!-Gambar Ihsan Google

Aku mulakan bicara dengan lafaz Bismillah. Pada hari yang sangat malas ini aku ingin mengupas tentang rahsia di sebalik kemanisan gula yang mungkin korang tak pernah ketahui sebelum ini. Dan seperti tajuknya, entri segar dari ladang ini dibawa kepada anda oleh Nakashima Kureno The Legend dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. (haruslah kredit kepada aku juga kan! =P)

Tuan-tuan dan puan puan serta adik-abang yang saya hormati sekalian, tahukah engkorang semua bahawa di sebalik kemanisan gula, tersirat racun di dalamnya? Ok, jangan buat muka terkejut ye. Maksud aku adalah gula kalau diambil berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kita semua. Setelah membuat kajian selama lebih kurang setahun (sejam je sebenarnya), aku telah berjaya mengumpulkan fakta-fakta eksklusif tentang gula ini. Antaranya ialah:

  • WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi  orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak  melebihi 10 sudu teh sehari (50g).Kita lihat pula di bawah tentang kajian makanan di Malaysia.
  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g) iaitu hasil penambahan 4 sudu teh (21g)  gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g. Hah, korang pula macam mana? Terlebih dos juga ke?
  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan. Maka terjadilah lambakan spesies badak air kat Malaysia ni. Ha ha ha (ada orang terasa ke? =P)
  • Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk gedempol obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Yang ini korang semua dah tahu kan. Ke buat-buat tak tau? 
  • Gula juga adalah penyebab utama karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5%  (2005) dan 80.9 % dikalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997). Perkara ini biasanya terjadi di kalangan budak-budak yang merupakan penagih tegar gula-gula. Asal nampak gula-gula je, terus sumbat dalam mulut. Boleh?
  • Yang ini menarik. 1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya  seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari. Akhirnya rahsia badan semontel hippo biru (bluehyppo) terbongkar. Anda bila lagi? (ayat perli ni!)
  • Fakta yang ini lagi menarik! Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam. Hah! ambik kau! Hanya kerana 7 sudu gula, korang dah kena buat exercise camni. Cuba bayangkan kalau korang ambil lebih daripada itu setiap hari. Mati la wei nak exercise. Menangis merangkak-rangkak la korang. 
  • Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari iaitu 1 sudu teh gula bagi 3 cawan minuman bergula yang diambil dalam sehari, beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun. Sebab itulah kerajaan buat kempen "Kurangkan Gula Dalam Minuman, Tambahkan Manis Dalam Senyuman". Sangat murni hasrat kerajaan itu kan.
Jenis Isipadu per kotak/ tin/ botol (ml) Kandungan gula (g) per kotak/ tin/ botol Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Minuman isotonik 240 16 3 ¼
Minuman berkarbonat 240 25 5
Minuman soya 300 28 5 ¾
Minuman teh 240 28 5 ¾
Minuman blackcurrant 300 35 7
Minuman laici 300 33 6 ¼
Minuman teh bunga 300 21 4 ¼
Minuman cincau 300 27 5 ¾
Minuman tenaga 330 59 11 ¾
 Jadual kandungan gula as a reference untuk korang

So, apa yang dapat kita simpulkan daripada fakta-fakta ini? Satu adalah kurangkan pengambilan gula. Kalau dulu letak gula 2 sudu, cuba kurangkan kepada 1 sudu. Kedua adalah jangan alpa untuk melakukan senaman@riadah@aktiviti sihat. Dan yang ketiga, jadilah seorang yang konsisten kalau dah boleh follow syarat yang pertama dan yang kedua itu. Maksudnya, kalau korang buat pun tapi setakat sehari dua, baik lupakan sahaja hasrat mu itu. "Tiade gunenye! Ini kelana empayar lemak kolang still akan telbina juge akhirnye" Kata David Teoh(bercakap sambil membuat pelatnya).

Nota Kureno: Gunalah gula rendah kalori,nescaya korang akan slim sepertiku! =P

2 comments:

Anonymous said...

It’s really a nice and helpful piece of information. I’m glad that you shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.

Anonymous said...

Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.