Friday, May 21, 2010

Yeah Baby! I Like...

"Tuan-tuan, puan-puan, Cik Ngah, Kak Long, Pah Bedah dan semua-semualah. Mari mari kita berhimpun di sini. Hah! Cheq ada ceghita panassss nak habaq kat hangpa ni."
"Apa dia Jenab yang hang dok kalut-kalut ni?"
"Meh meh dengaq cheq nak ceghita na."

Diumumkan kepada readers Nakashima Kureno The Legend, bahawasanya dengan ini proses penambaikan dan naik taraf telah dilakukan terhadap blog kesayangan ramai ini *tu dia, part merepek ni memang no 1*. Apakah perubahan yang telah dilakukan? Jom! Mari kita gali gali gali... *diharapkan korang semua masing-masing buat muka teruja ok. Support la sikit =P*.

  • Firstly, ruangan mengumpat maki hamun chatbox telah ditukarkan kedudukan dengan jayanya. Kini Chatbox tidak lagi menyemak kerana ia telah berjaya diselitkan di tepi kanan blog. Tak adalah serabut sangat blog ni kan. *yang ni dah lama update, cuma baru sekarang ada kesempatan nak bagitahu*
  • I like! button yang baru sahaja siap dibina. Untuk readers yang ada akaun Facebook bolehlah klik like disini ye.
  • Disebelah I like! button, ada satu lagi button baru yang diwujudkan iaitu Linx Exchange. Disinilah tempat para readers bertukar-tukar link blog korang dengan aku. Ha ha ha. Aku memang suka kalau ada banyak kawan. Barulah best bertukar-tukar idea dan komen di alam maya. Jangan gaduh gaduh sudah, kalau setakat cakar-cakar manja tu bolehlah. Kan kan? =P
 Klik untuk tumbesaran tanpa bantut!

Rasanya blog ini masih belum lengkap kan? Korang rasa apa lagi yang patut aku lakukan? Buat header baru? Or tukar tema baru? Hmmm... Sila komen kalau korang ada idea ye. Segala buah fikiran korang, aku terima dengan hati yang terbuka *termasuklah komen pasal awek-awek yang hot ke, aku layan jugak. wakakka*.

Nota Kureno: Currently listen to Sabdhi Saddi-Nadiku. Perghh tangkap leleh wa cakap lu!

No comments: