Sunday, May 09, 2010

Katakan Ya Pada Weeave!!!



Weeave? Apakah itu? Bukan sejenis anyaman pua kumbu apatah lagi sejenis makanan. Weeave adalah sejenis web platfom yang menggabungkan hampir kesemua social networking yang ada kat Malaysia ini seperti, Facebook, Myspace, YM, Gtalk, MSN, Gmail, Flikr, YouTube, Twitter dan juga Hi5.

Apa yang bestnya pasal Weeave adalah kita dapat online kesemua social networking seperti yang telah disebut seperti diatas dengan hanya menggunakan satu page sahaja iaitu Weeave! Hebat bukan. Dan yang paling penting laman web ni dibawakan oleh Digi  dan Mojuix khas untuk kipas susah mati laman social networking kat Malaysia ni. Banyak keistimewaan Weeave ni antaranya ialah korang boleh send email, chatting, update status FB dan Twitter, upload pic dan macam-macam lagi.

Klik untuk pembesaran lengkap- Gambaran Weeave yang sebenar

Sempena kempen pecah dara untuk memperkenalkan Weeave ni, pihak dorang telah menyediakan hadiah yang amat menarik untuk sesiapa yang bertuah seperti gambar di bawah ni. Register cepat-cepat sebelum korang terlambat. Manalah tahu korang adalah salah seorang yang bertuahkan. Klik mana-mana perkataan Weeave untuk ke laman tersebut.


 Nota Kureno: Teringin nak menang Mac Book tu... ~~ngeee =P


No comments: