Wednesday, June 16, 2010

Sebuah Kisah Cinta Monyet Yang Tragik!


Sudah agak lama aku tak meregangkan serta memanaskan badan. Rasa-rasanya badan pun dah makin berat dan montel ni. Oleh itu, petang tadi aku telah mengambil keputusan untuk pergi beriadah di taman yakni pergi berjoging lah. "Ah!! Macam makin comel je perut ni... Habislah jatuh merudum market aku!" hatiku mengeluh bimbang.

Sepantas kilat aku menyiapkan diri dan mencapai kunci kereta untuk memulakan operasi petang itu. All of sudden *bahasa omputih la plak...*, mak dan adik aku tiba-tiba menawarkan diri tanpa secuit pun rasa malu untuk ikut serta berjoging ke taman. "Hah! ye la.. cepatlah siap, Angah tunggu kat bawah ni" Kataku sambil meneruskan langkah menuju ke kereta.

Sesampainya di taman.

Sebelum memulakan aktiviti berjoging, mari kita memanaskan diri dahulu ye adik adik. "kiri kanan kiri kanan!" *Eh! itu bukan kawat ke? Hentam sajalah labu*. Selesai saja warming out, tanpa membuang masa walaupun sesaat, aku menghayunkan langkah tanda bermulanya joging pada petang itu. Mak dan adik aku dah jauh aku tinggalkan di belakang. "Mengalahkan kura-kura..," Aku bermonolog dengan nada mengejek. * Perangai buruk ni jangan ikut ye adik-adik*.

"Tak nak!!! Apa ni? Lepaskan aku!" kedengaran suara gadis menjerit nyaring. Ku pusing sekeliling. Terlihat kelibat sepasang kekasih sedang bercakar-cakaran. Bukan tengah main-main cakar macam kucing tu, maksudnya sedang bergaduh la. "Celaka punya perempuan. Lepas kau dah puas mainkan aku, kau cari pulak jantan lain kan. Sampai hati kau buat aku macam ni! Sebab kau aku dah tak percayakan cinta!" si budak jantan luahkan rasa.

Alahai tragiknya cinta itu!

Mukaku tiba-tiba kebiruan. Hampir muntah gamaknya melihat aksi jelek pasangan tersebut. Aku agak pasangan tersebut masih muda, 15-16 tahun mungkin usia mereka. "Ah! another cinta monyet!" hatiku menjerit.

Amboi ganasnye pic ni. Omaigod! Takdelah sampai macam ni depa gaduh..

Cinta monyet.

Mengikut kamus kitab kureno, cinta monyet bukanlah bermaksud cintakan monyet tetapi adalah cinta pada usia yang muda dan lebih tepat lagi cinta main-main di antara dua manusia yang sedang melewati alam remaja.

Etiologi atau penyebabnya.

Usia remaja itu sendiri. Diri seorang remaja itu sememangnya penuh dengan semangat ingin tahu yang sangat membuak-buak. Maka dengan berbekalkan semangat tersebut, mereka sering ingin mencuba benda baru. Orang tengok wayang, dia pun nak tengok. Orang jalan sambil pegang tangan awek, dia pun tak mahu terlepas juga. Orang pergi berdating dekat taman bunga, dia pun sebok-sebok nak pergi dating jugak. Orang rajin belajar dekat library, Eh! dia tak ikut plak! *kalau benda baik tak mau pulak dia ikut kan* Teheeehehehe... =P

Pengaruh rakan sebaya. Hah! Yang ini memang selalu terjadi. Lebih kurang saja macam reason kat atas. Tapi memang betulkan, kawan memang akan mencorakkan remaja tersebut samada mereka sedar atau tidak. So, kena lah hati-hati cari kawan yang jujur ikhlas bersahabat dengan korang.

Miang atau gatal keladi. Oh! Perkara ini memang sudah lumrah remaja baik lelaki mahupun perempuan. Pantang sentuh sikit. Pantang nampak awek/balak hot. Pantang nampak buah di dada. Pantang nampak punggung mantap. Hah, mula lah remaja ni gelisah. *Tak pe, benda ni pun aku dah alami* teheeehehe.. :P It's completely normal la beb.

Amboi! Kecik-kecik dah gatai na!

So, untuk para remaja di luar sana, kebanyakan korang pasti akan tempuhi cinta monyet ni. Dan persoalannya adakah cinta monyet korang tu akan setragik seperti cerita di atas atau mungkin juga lebih daripada itu? *dalam nada suspen... jeng jeng jeng*

Nota Kureno: Cinta jangan kau pergi.... tinggalkan diriku sendiri.. ceeewahhh!

No comments: